May 24, 2017

Warkah Untukmu

Cintamu hancurkan zahirku
Rela dicampak ke penjaramu
Dari diperlakukan sebegini
Sungguh kau yang ku mahu
Berdoa semoga kau akan berubah
Mendampingiku selalu
Kasihku tolong lihatlah
Tunjuk dia jalan kepadamu
Yang tersesat tiada bertuju
Berikan hatimu padanya
Kau akan rasa cinta sebenar
Dalam kau mencari aku
Sungguh kau yang ku mahu
Berdoa semoga kau akan berubah
Mendampingiku selalu

p/s : Semoga Allah bukakan pintu hati kamu..

May 20, 2017

Luka

Ada sedikit guris luka di hati.
Aku bertanya dengan soalan yang aku sudah susun elok-elok, soalan yang penuh sopan dan straight forward, supaya tiada salah faham yang akan timbul.
Tapi jawapan kau, buat aku terkedu.
Seolah-olah sebelum ini aku yang jadi punca masalah.
Kau lupa apa yang kau dah buat?

Takpe, aku dah biasa diperlakukan begini.
Mungkin memang nasib aku.
Aku tidak berdendam.
Aku akan delete no telefon kau, supaya aku totally 1000% lupa akan kewujudan kau.

Tapi aku harap kau betul-betul belajar dari masa lalu.
Semoga kau terus bahagia.


May 8, 2017

28th

Letih,
Lelah,
Penat,
Sedih,
Bosan,
Dengan soalan-soalan "bila nak kahwin ni?"
Hanya mampu pekakkan telinga,
Menangis dalam hati.

Moga Allah bukakan pintu hati dia.


March 24, 2017

No title for this post

Geram jugak bila naik notification memory yang ni.. 😤
Delete Post - Done 
Habis cerita..
Tahun depan tak keluaq dah post yang ni..


March 22, 2017

Stress !

Stress bila mana bukan aku yang buat silap, tapi aku yang kena marah..
Bile berterus terang, kata aku yang menjawab..
Tanpa usul periksa pulak tu..
What the??? 
Buat la sendiri kerja tu kalau dah bagus sangat..


*Sigh*

March 3, 2017

2017

Assalamualaikum..

My 1st entry in 2017..
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas..
Memang tak berkesempatan nak update kat blog ni..
Tak tahu nak update apa..
Tiada benda menarik pun yang terjadi..
Dan..Cerita aku bukan dikisah pun oleh sesiapa..
So, lebih baik diam sahaja..

Tapi,
I know beberapa orang yang masih singgah di blog ni..
Masih tak pasti untuk tujuan apa..
Mungkin nak tahu khabar aku, Alhamdulillah aku baik-baik sahaja..
Mungkin nak tahu aku dah kahwin atau belum, jodoh aku masih belum sampai..
Mungkin nak tengok gambar aku yang terkini, mungkin disini bukan tempatnya untuk aku upload gambar aku..di fb & insta mungkin..
Mungkin juga kau nak tahu tentang perkembangan aku yang terkini, aku mengambil langkah untuk berdiam lebih baik..belajar dari pengalaman yang lalu.. :)

Terima kasih atas kunjungan..
Terima kasih atas perhatian..
Semoga kalian semua baik-baik selalu.. :)

December 19, 2016

Selamat Pengantin Baru Is

Bulan 12, bulan penuh kenduri..
Tapi yang pasti bukan kenduri aku, tapi kenduri kawan-kawan..
Dan salah seorangnya, kawan satu matriks aku, Iskandar..

Terima kasih sudi jemput..
Terima kasih atas sikap professional awak, sudi lagi menjadi kawan saya..
Dan untuk tidak menghampakan, saya usaha jugak attend your wedding & Alhamdulillah, sampai ke destinasi dituju..

Sangat terharu dengan layanan dari family..
Semua masih ingat saya, especially mak..memang terkedu & rasa sebak jugak bila mak masih kenal & peluk saya..
Dengan adik tak payah cakap la, dah macam adik saya sendiri...
Abang-abang semua tegur saya..sangat tak sangka diorang masih kenal saya..
Alhamdulillah, silaturrahim ini yang saya inginkan..

Im speechless..hanya Allah sahaja yang tahu perasaan ini..
Terima kasih semua..semoga ukhuwah kita  berkekalan hingga ke syurga, amin..

Buat Iskandar & Pasangan, 
Selamat Pengantin Baru..
Semoga berbahagia selalu, semoga dapat membina keluarga yang sakinah dan mawaddah..
I'm very happy for you :)