April 28, 2012

Resepi Apam Polkadot

Assalamualaikum :)

memandangkan hari ni merupakan hari sabtu,maka saya pun bercuti..tak keluar jalan mana-mana pun even bosan duduk kat rumah sorang-sorang..lagipu ada perhimpunan Bersih kat kL..so,duduk rumah lagi bagus..jimat tenaga,jimat duit! plus lagi,Astro ada buat siaran percuma sempena menang awards..so,saya pun layan cerita kat tv..lagi-lagi channel Astro Warna..takde la bosan sangat duduk kat rumah ni..

lepas tu tiba-tiba terfikir nak buat something kat dapur..then tercetus la idea nak buat apam polkadot*takde la polkadot sangat*..bahan-bahan pun dah memang tersedia..so,tunggu apa lagi,jom sepahkan dapur! ;)


Bahan-bahan:
3/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
100ml susu segar/susu cair
2 biji telur
1 sudu kecil ovelette
1 sudu kecil esen vanilla
Filling mengikut citarasa masing-masing
pewarna yang dibenarkan.

Cara-cara:
  1. Pukul telur putih sahaja sampai kembang.
  2. Masukkan kuning telur satu persatu,pukul samapi sebati..pukul guna mixer ye,jangan guna tangan plak ;)
  3. Masukkan esen vanila & overlette,pukul lagi.
  4. Lepas tu masukkan gula dan pukul lagi sampai sebati.
  5. Masukkan tepung berselang seli dengan susu,kemudian gaulkan sehingga sebati.
  6. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,titiskan pewarna.
  7. Masukkan adunan ke dalam piping bag..kalau takde,pakai plastik putih yang isi kuih tu pun takpe :)
  8. Picit adunan ke dalam paper cup,masukkan filling,kamudian picit adunan tadi sehingga 3/4 penuh..
  9. Kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan..nak buat corak lain pun boleh..
  10. Kukus selama 15minit sehingga masak.

perasan tak saya tak guna baking powder? memang saya tak guna pun sebab masa 1st time saya buat apam ni,saya letak baking powder tu tapi hasilnya tak sedap sangat sebab rasa pahit baking powder tu..so kali ni saya buat,saya tak letak pun..dan hasilnya,Alhamdulillah,memang sedap dan still gebu.. :)



 dot-dot yang tak berapa nak cantik..tapi boleh practice lagi..don't worries! ;)

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=



kbai :)


3 comments :