October 28, 2012

Resepi Marble Cake

Assalamualaikum :)

malam raya Aidiladha hari tu,dengan gigihnya saya membuat marble cake even tak berapa nak sihat sangat time tu..dengan batuknye,selsemanya,tapi menggagahkan diri jugak sebab esoknya macam takde dessert nak makan & bertukar-tukar dengan jiran..so,hari ni saya nak kongsikan resepi dan cara-cara untuk membuat marble cake..

Bahan-bahan:
  1. 300g butter
  2. 5 biji telur (nak guna 4 biji pun boleh)
  3. 1 cawan gula
  4. 1 1/4 cawan tepung naik sendiri (diayak)
  5. 1sudu teh esen vanila
  6. 1/2 cawan serbuk koko (diayak)
  7. Pewarna kuning 


Cara-cara:
  1. Pukul butter dengan gula terlebih dahulu sampai kembang..better guna hand mixer sebab kalau pakai secara manual,memang lambat..tapi kalau takde,boleh je guna cara manual tapi pastikan gula hancur dan sebati.. 
  2. Masukkan telur satu persatu..pukul lagi sampai sebati.
  3. Masukkan esen vanilla dan kacau lagi..
  4. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit..kacau guna spatula je sampai sebati.. 
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian..
  6. 1 bahagian tu,campurkan dengan serbuk koko..kacau sampai semua koko sebati..
  7. 1 bahagian lagi,campurkan sedikittt je pewarna kuning..jangan banyak sangat,nanti warna kuning tu pekat sangat,tak cantik pulak.
  8. Masukkan adunan secara berselang seli ke dalam loyang yang dah disapu dengan sedikit butter.
  9. Ambil lidi,buatkan corak pusing-pusing dekat adunan tadi..
  10. Bakar dan siap! :)


Selamat Mencuba! :)

No comments :

Post a Comment