November 19, 2012

7 kelebihan mandi awal pagi

Assalamualaikum :)

sape kat sini tak suka mandi pagi? angkat tangan!

sebenarnya,banyak taw kelebihan mandi awal pagi..awal pagi tu maksudnya sebelum solat subuh..ini juga merupakan salah satu sunnah Nabi Muhammad SAW..

kalau secara saintifik nya,ada lebih kurang 7 kelebihan mandi awal pagi..antaranya :

1) Meningkatkan peredaran darah.
    Air yang mengalir semasa kita mandi pagi ini adalah baik untuk peredaran darah kita dan ia juga    
    melegakan ketegangan di otot dan sendi kita. Ia juga membantu merangsang penyembuhan dan  
    mengurangkan keradangan otot.

2) Meningkatkan imuniti badan.
     Mandi awal pagi merangsang sistem badan untuk menghasilkan lebih banyak sel darah putih yang 
     mana bertindak sebagai 'askar tentera' kita terhadap virus dan penyakit.

3) Mengurangkan stres.
    Jika seseorang itu bangun pagi dengan degupan jantung yang laju, ia adalah tanda-tanda orang itu  
    sedang mengalami stres. Untuk mengatasi masalah ini,hendaklah mandi pagi dan lebih baik
    menggunakan air yang sejuk. Dengan meratakan air ke seluruh badan, ia dapat memastikan semua 
    bahagian badan mendapatkan oksigen yang mencukupi sekaligus dapat menghilangkan stres.

4) Melegakan batuk.
     Untuk sape-sape yang batuk ni,tak tahan mandi dengan air sejuk,boleh guna air panas untuk
     hilangkan batuk. Hidupkan air panas dan tutup pintu bilik mandi untuk beberapa minit. Wap dari 
     air panas akan membantu  menghilangkan kahak dan mukus dalam masa beberapa minit.

5) Meningkatkan kesuburan.
    Yang ini untuk pasangan yang sudah berkahwin ye. Kajian menunjukkan pengeluaran sperma 
    lelaki meningkat dengan ketara selepas mandi dengan air sejuk pada awal pagi., manakala 
    pancuran mandian air panas mempunyai kesan yang sebaliknya.

6) Bertindak sebagai pemanas badan segera.
    Bagi mereka yang lebih suka melakukan senaman pagi berbanding dengan selepas kerja,sebaiknya
    mandi dengan air suam terlebih dahulu. Ini dapat melonggarkan otot-otot yang tegang selepas       
    tidur semalaman.

7) Memperbaiki rambut.
    Yang ini khusus untuk sesiapa yang mengalami keguguran rambut tahap melampau. Dengan
    menggunakan air yang sejuk untuk mandi di awal pagi, ini dapat membantu menguatkan akar
    rambut dan melindungi kutikel rambut. Sebaliknya kalau mendi dengan air panas, ini akan
    merosakkan strektur rambut.
 
    
     

No comments :

Post a Comment