November 3, 2012

Makan di Santai Cafe

Assalamualaikum :)

semalam lepas maghrib,saya pegi jumpa one of my bff,zalikha..

kitorang start jadi kawan ni since form 1..kitorang sama kelas..ingat lagi time sekolah dulu..masa form 1 & form 2,waktu persekolahan kami adalah pada sesi petang..memandangkan kelas kami adalah sangat specialll iaitu kelas aliran bahasa Arab,maka nya ada hari-hari tertentu,kitorang kena datang sekolah awal..dalam pukul 11 macam tu,kelas bahasa arab da start..kadang-kadang sebelum sampai sekolah tu,saya akan pergi rumah zalikha ni dulu..nanti mesti mak dia hidangkan breakfast yang sangat sedapppp..mee goreng,burger,macam-macam lagi la...rindu pulak nak makan masakan mak dia lagi :)

kalau dalam kelas,kitorang mesti duduk sebelah-sebelah..bab bergosip no 1 la kan...dah la dia ni suka sangat bercakap...macam tak boleh berhenti je..so,saya memang tak heran la kan dia akan jadi lawyer lepas ni.. :)

dulu saya penah post gambar dia kat sini,masa hot air balloon kat putrajaya hari tu.. so hari ni,nak post gambar kat Santai Cafe semalam.. :)



makanan kat tempat ni bagi saya biasa-biasa je..tapi memang santai la sebab lokasinya betul-betul depan tasik permaisuri :)



p/s: welcome november!

 


No comments :

Post a Comment