November 21, 2012

Resepi Minuman Koktail

Assalamualaikum :)

ini entri yang dah lama sangat tertangguh..so,sekarang tengah free,apa lagi,ambek kau..sehari sampai 2 kali kau nak update..boring punya pasal..

koktail ni saya selalu sangat buat kat rumah..kalau balik kampung pun,makndak selalu beli bahan suruh buat..1 mangkuk besar pun boleh abes..sedap katanya..hehe..

moh kita tengok resepi :)

Bahan-bahan:
  1. 1 tin susu cair
  2. 1 tin laici
  3. 1/4 tin air suam (ikut sukatan tin susu)
  4. 3 sudu besar gula
  5. 3 sudu besar tepung kastad
  6. 1 paket sumi (beli yang paling murah :) )
  7. 1 bekas nata de coco (tak kisah perisa apa tapi bekas yang kecik)
Cara-cara:
  1. Masukkan susu,air,gula dan tepung kastad ke dalam peiuk..masak atas api perlahan..kacau sampai larut dan pekat sedikit.
  2. Tutup api dan tuangkan ke dalam bekas lain.
  3. Masukkan 1 tin laici,sumi dan nata de coco..kacau dan siap!
  4. Bila nak minum,baru tambah ketul ais.

kalau nak taw sedap ke tak,cuba la dulu resepi ni..InsyaAllah tak menyesal :)

Selamat Mencuba!

No comments :

Post a Comment