November 1, 2012

Resepi Mug Chocolate Cake

Assalamualaikum :)

hari ni saya nak post resepi lagi..resepi yang tersangat la mudah and simple! dah lama nak share tp tak berkesempatan..

hari raya haji ritu,saya buat marble cake..sehari selepas tu,saya kena tinggal sorang-sorang kat rumah..ibu takde,ibu pegi surau sebab ada rewang..diorang masak bihun sup..so,saya teramat la boring duduk kat rumah..

nak makan kek semalam tu,dah habis semuanya..tapi tekak rasa nak makan kek lagi..tapi malas nak buat kek banyak-banyak..tapi taknak buat kek yang banyak bahan sangat nak guna..hoii,berapa banyak tapi daaaa......

saya pun start la google..tibe-tibe terkeluar pulak resepi kek dalam mug ni...sebelum ni penah tengok chef zamir masterchef1 buat kat dalam rancangan 'Hello bro,tolong masak' yang ditayangkan masa bulan puasa hari tu..memang terliur tengok die buat..

so,tengok bahan-bahan apa nak guna,terus laju-laju pegi dapur dan start buat!

Bahan-bahan:
  1. 3 sudu besar tepung
  2. 3 sudu besar serbuk koko
  3. 3 sudu besar gula
  4. 3 sudu besar minyak masak
  5. 3 sudu besar susu cair @ fresh milk
  6. 1 biji telur
Cara-cara:
  1. Masukkan tepung,serbuk koko & gula ke dalam mug,kacau.
  2. Masukkan telur,kacau lagi.
  3. Masukkan susu dan minyak,kacau lagi sampai sebati..
  4. Masukkan dalam microwave @ oven selama 5-10 minit..
  5. Siap! 
 Senang kan? memangggg..rasa macam nak buat hari-hari je..

 yang ni sebelum masuk oven.

 yang ni dah siap! meleleh-leleh air liur tengok..


Selamat Mencuba! :)

8 comments :

  1. Replies
    1. pakai tepung gandum biasa pun boleh.. :)

      Delete
  2. mug tu yang mcm mne bole msuk dlam oven?? karang main masuk je meletup plak... hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena cari yang tahan panas la..hehe..kang tak pasal2 terbakor rumah.. :D

      Delete
  3. kena alas dengan air tak mug tu???

    ReplyDelete