December 12, 2012

Dinner di Jang-Gun Korean Buffet Restaurant

Assalamualaikum :)

hari isnin yang lepas,bos tempat saya kerja ni bawak pergi makan..memandangkan bos saya ni salah seorang peminat k-pop,maka dibawanya kami makan kat restoran korea..

masa mula-mula bos bagitau nak makan kat restoran korea,dah mula risau dah..bukan penah makan makanan korea ni..ntah macam mana la rasanya kan..boleh masuk tekak ke tak ni..tapi orang cakap belum cuba belum tau..ntah-ntah lepas ni dah addicted pulak dengan makanan korea ni..

so,lepas kerja pukul 6,kami naik monorel dari titiwangsa turun bukit bintang..restoran yang kami pegi makan ni kat Farenheit 88..dekat-dekat dengan pavilion..memang lama giler tak jejak kaki kat area sini..


 ha ini la nama restoran tu..Jang-Gun Korean Buffet Restaurant..tapi jangan risau,makanan kat sini semua halal..owner restaurant ni orang korea tapi beragama islam :)



 


konsep makan kat sini, boleh makan banyak mana pun..ikut quota perut masing-masing tapi JANGAN MEMBAZIR..itu yang paling penting..kalau makan tak habis,kena bayar balik..harga untuk seorang makan berbeza-beza ikut hari & waktu..kalau nak taw,boleh tengok website kat sini ye..

kat bawah ni antara makan-makanan yang saya ambil..tapi jangan tanya apa nama makanan ni satu-satu..tak ingat kot..nama pelik-pelik..

starter foods ni boleh tahan la sedapnya..tapi ayam keras sebab dah sejuk kot..


 ini bubur abalone..sedapp.


 sup daging,ayam,daging grilled..sedappp jugak..


 ha yang ni nasi ape ntah nama dia..digaulkan dengan sambal,sayur-sayuran dengan telur..saya rasa sikit je..sedappp.


 yang ni aiskrim from malaysia..yang warna coklat tu tak sedap sebab pahit..
ada jugak aiskrim dari korea saya makan tapi terlupa nak amek gambar..


dessert lain ade cupcakes,mashmallow dengan apa lagi ntah ..tak taw nam..tapi yang belakang kek warna pink ni,ha kuih tu sedap..tekstur macam kuih koci..ape ntah nama..tak ingat.



komen saya lepas makan kat sini:
memang sedappp,puas hatiiii kalau ada orang belanja..hehehe..kalau nak datang makan sorang-sorang kat sini,memang tak la kan..

so,kepada peminat-peminat makanan korea,boleh la try makan kat sini..pasti tak menyesal! :)


4 comments :

  1. Mcm best je :) tapi ada logo HALAL JAKIM tak?
    kadang2 mmg pniaga Islam tp pengesahan halal tu penting sebab kdg2 bahan tu meragukan.Lagi2 korea food. Sebab bahan2 mcm sos semua tu selalunya dorang pakai luar punya. Awk prasan x logo tu? kalau ada nak pegiii T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. makanan kat sini semua dah disahkan halal oleh JAKIM..bos saya dah cek dengan Jakim sebelum datang makan kat sini :)

      Delete
  2. Hi..hmmm belum makan sini lagi......yang saya dah penah pegi restoren korea sweetree di ampang dan dubu-dubu di midvalley
    Senang2 tu singgah la yer blog saya di www.blogmakanbest.blogspot.com
    Entries semer pasal makan, makan dan makan takde topik lain hehe..so kalu minat makan follow la yer blog saya TQ bebanyak

    ReplyDelete