May 23, 2012

Resepi Spagetti yang sangat simple.

Assalamualaikum :)

minggu ni memang teringin sangat nak makan spageti..da lame tak makan..dah macam mengidam plak kan..kalah orang yang pregnant nox! tapi bila nak makan,harga plak mahal...kang makan mahal-mahal,tak sedap plak..membazir je duit..so,decide masuk pasaraya Giant,beli bahan-bahan,masak sendiri kat umah..lagi bagus,puas hati..

saya tak menggunakan bahan yang banyak..sangat simple..yang resepi saya nak bagi ni,untuk sorang makan je taw.. 

Bahan-bahan :
  1. Spageti - ikut suka perut masing-masing. (direbus terlebih dahulu)
  2. 2 sudu besar Prego - saya guna perisa traditional
  3. Seulas bawang putih - dipotong dadu
  4. Sekeping daging burger - dipotong halus-halus & digoreng terlebih dahulu.
  5. Sebiji cendawan botol - dipotong nipis-nipis
  6. Garam secukup rasa.
  7. Minyak
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dalam kuali..minyak ni jgn banyak sangat tau..nanti tak sedap.
  2. Tumiskan bawang putih.
  3. Masukkan prego..biarkan sekejap dengan api yang perlahan.
  4. Masukkan garam.
  5. Masukkan cendawan dan daging burger..biarkan sekejap..
  6. Akhir sekali masukkan spageti yang telah direbus dan gaulkan.
  7. Taburkan sedikit lada hitam.
  8. Siap! :)

mudahkan nak buat? kalau korang nak buat banyak,korang agak-agak la yer..selalu saya buat 1 tin prego tu cukup dengan 1/2 spagetti yang dalam paket tu..and kalau korang nak lagi sedap,tambah la bahan-bahan lain..

mesti nak tengok hasilnya kan?

nah sepinggan :)