December 25, 2013

Dugaan


Assalamualaikum

Macam-macam yang berlaku,
Macam-macam yang terlintas fikiran,
Macam-macam hipotesis mula disimpulkan,

Kadang-kadang terasa bosan,
Kadang-kadang terasa jiwa melayang,
Kadang-kadang terasa nak lari dari semua masalah ini,

Tapi,
Aku harus kuat,
Aku harus akhirkan apa yg aku mulakan,
Aku harus yakin seyakin-yakinnya dengan rancangan Allah,

Dan yang paling penting, aku mesti sabar dengan apa yang sudah, sedang & bakal terjadi,
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya,

Semoga aku diberi kekuatan olehNya untuk menempuhi semua ini,
Aminnn...





December 24, 2013

Wahai Hati

Assalamualaikum

Bukan mudah untuk kawal hati,
Bukan mudah untuk kawal perasaan,
Bukan mudah untuk kawal tindakan,

Tetapi, hanya iman yang dapat mengawalnya,
Hanya padamu ku berserah Ya Allah.

"Ya Rabb, yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku hanya pada agamaMu"


November 22, 2013

One Day Trip to Langkawi

Assalamualaikum :)

Cerita dah lama, dekat sebulan dah..tapi nak jugak cerita kat sini..untuk kenangan diri sendiri.. :)

Cuti deepavali haritu, aku pergi perlis, duduk rumah abang aku..nak lari dari bunyi mercun yang super duper giler kuat..tiap-tiap tahun, kalau nak deepavali je, memang kau tak boleh nak tido malam..serius! macam nak runtuh flat tu..ntah jenis mercun apa ntah diorang ni main..tak fikir langsung pasal orang lain..ada baby kat umah ke, ada orang sakit jantung ke..so memandangkan hari selasa tu cuti awal muharam, aku pun apply cuti hari isnin, lari pi duk kat perlis buat sementara waktu..

Aku sampai perlis tu hari sabtu pagi..memandangkan adik aku sekarang belajar kat Uitm Arau, pagi tu abang aku pergi ambik dia..lepas zuhur, kami 1 family bergerak ke kedah, melawat tok belah arwah abah aku..balik tu patutnya nak ke umah pakcik pulak, tapi wrong timing..pakcik aku takde kat rumah plak time tu..so, malam tu kitorang balik perlis terus..dalam kereta terus plan esoknya nak pergi mana..lets Langkawi!

Terus whatsapp cousin aku yang kerja kat sana..kebetulan dia pun cuti! memang nasib kami la kan..tak payah susah-susah nak cari kereta sewa bagai..dah ada tourist guide sendiri :)

Ahad tu, kami naik feri pukul 9.30 pagi..aku beli tiket on the spot..nasib baik available lagi..sampai langkawi dah nak dekat pukul 11..cousin aku dah siap tunggu kat jeti kuah..



harga tiket sorang = RM18 sehala


Hai Langkawi! ;)


Dah sampai langkawi kan, kitorang tak taw nak pi mana..hanya mengharapkan cousin aku tu je..kami redha dibawa ke mana sahaja..wahhh gituuu.

Memandangkan dia kerja kat cable car plus kami pun tak penah naik benda alah tu, lets go! On the way nak ke sana, akan lalu satu tempat yang cantik ni..yang sedihnya aku tak taw apa nama tempat ni..wakakakaka


haaaa ala-ala macam kat Amsterdam gituuu..nak pergi luar negara tak mampu lagi..berangan dalam negara je la dulu.. ;)


Sampai je, terus cousin aku pi ambik vvip punya pas..tak payah beratur panjang nak naik cable car tu..ngeh3..orang lain pandang semacam je kat kitorang..apa ade hal..kau ado? :p

Kalau nak beli tiket vvip ni, RM150 ke RM180 kot sorang..tak ingat..tu pun kalau tak rela nak beratur panjang kan..harga tiket biasa RM15 je..



Tinggi gila! sape-sape yang tak berani tu, korang jangan la naik..takut nanti korang gayat tak hingat dunia..kang korang takut nak turun balik..memang tinggi gila..aku yang naik ni pun tak berani nak tengok bawah..




This is view from the top..SubhanAllah..tersangat sangat cantik..hebat sungguh kuasa Allah :')


With my brother..nak pulak kau ajak aku amik gambar berdua.. :p


With my little sister..shawl kami pakai tu from Monista Boutique..rajin-rajin la tengok shawl cantik cantik kat sana..murah murah, lawa lawa taw! :)


Sebelum nak turun balik, kitorang lepak jap kat kafe dia..makan & minum sambil menghirup udara segar plus nyaman..sejukkk je duk kat atas tu taw..


Lepas tu, kitorang tengok wayang 3D..movie tu tak lama..10 minit je..aku masuk duduk sebelah adik aku, asyik gelak je..memang kau akan rasa real duduk dalam wayang tu..siap diorang sembur-sembur air, main-main kaki korang..serius tak boleh blah!


Oh meet my tourist guide aka my cousin..dia menggelarkan diri dia Don Kjay..whatever la..nak nama glemer je kan..ala-ala retiss gituuu..


Dah habis makan, solat semua..apa lagi nak buat? Oh beli tiket balik..kang kul 6 kau pegi cari tiket, tetiba dah habis plak..naya! dah la esoknya abang aku keja..bergerak la kami mencari tiket..plan nak ambik tiket kul 6, tapi dah habis..terpaksa ambik tiket kul 7, last trip untuk ke Kuala Perlis..banyak lagi masa nak bersiar-siar dalam langkawi ni..hehehe

Apa lagi nak buat? Kalau dah namanya langkawi, macam weird plak kan kalau korang tak borong coklat..kan kan kan? So, ke Haji Ismail Group la kita! Tak sangka plak dia dah buat kompleks khas dia punya sendiri..memang hebat.! tempat pun luas, senang nak shopping..hehehe..

Dah masuk dalam ni, memang tak fikir apa dah kan..coklat je dalam kepala otak ni..handphone letak dalam beg..fokus shopping! sebab tu takde gambar dalam kompleks ni..hehe..memang gila tengok coklat yang sangat banyak dan murah! kalau coklat Daim tu, kt sana baru RM14..kalau kat kL ni ha, mahu la RM30 lebih..memang cekik darah..

Dah habis memborong, kitorang makan laksa plak kat tepi kompleks ni..tengok jam, dah pukul 6 petang..Tempat terakhir wajib bergambar dalam langkawi is Dataran Lang..

Mak aihhh, ramai gila orang duk kat burung helang tu..tak kuasa la aku nak rempuh lautan orang ramai tu semata-mata nak pi ambik gambar..dapat gambar belakang pun jadi la helang oii..


Kami nak balik dah..memang tak puas jalan-jalan kalau dah sehari je perginya..takpe, next time boleh buat plan lagi..maybe boleh pergi bercuti dengan orang lain pulak kan..eh kbai..

Bye Langkawi! :)



November 19, 2013

Shogun Japanese Buffet Restaurant

Assalamualaikum :)

Dah lama rasanya tak review tempat makan ni..harini nak review tempat makan plak..nama tempatnya adalah Shogun Japanese Buffet Restaurant..

Ni semua idea bos nak makan kat sini..aku pun bukannya arif sangat pasal tempat-tempat makan ni..ikut orang je..memandangkan bos cakap kali ni kita pi makan pakai duit company, aku merangkap person in charge untuk bahagian akaun, so bos suruh aku decide tempat makan & survey harga sekali..

Mula-mula tengok harga makan kat Shogun ni, macam melampau..pastu try survey tempat makan lain..idea ada tapi transport susah plak nak ke tempat tu memandangkan masing-masing guna public transport je..harga kat Shogun ni berubah-ubah ikut hari & masa..so, kitorang decide pergi lunch hari sabtu kat One Utama..







Konsep retoran ni adalah buffet..so, korang boleh ambik banyak mana, sesuka hati nak makan apa tapi jangan MEMBAZIR! sebab membazir tu amalan syaitonnn..korang ambik makanan apa yang korang rasa nak makan je..kalau setakat ambik, letak atas meja, pastu tak makan biar kat tepi, baik tak payah ambil..










 bila kitorang dah nak habis makan tu, one of the staff kat situ bagi kitorang token ni..dia kata boleh pegi ambik free je..


 ha ni la dia..macam pelik kan? padahal aiskrim je pun..tapi bentuk tu yang unik..aiskrim ni akan sentiasa keluar..so, korang sedut je..

 Diorang ni cipta benda alah ni, pakai konsep sains..dulu ada belajar tapi den dah lupo..lamo dah tinggal sekolah.tengok, bila aiskrim tu dah habis, macam ni la rupanya..dah macam apa dah aku tengok..tapi korang jangan fikir bukan-bukan! :p





overall, makanan rasa macam biasa-biasa je..kalau korang minat makan sushi, ha sini banyak pilihan..aku bukan penggemar sushi, so aku tak makan pun sushi kat sini..hehe..

Nak tahu lebih lanjut, boleh pergi tengok kat website Shogun okeh! :)


November 18, 2013

CPUV Pertama dari Nuffnang!!

Assalamualaikum :)

Selama aku blogging ni, actually aku tak berapa nak faham sangat konsep nuffnang ni..yang aku taw, nuffnang boleh bagi kita duit..tu je..macam mana caranya? aku pun tak berapa nak faham..bila tengok blogger lain register, aku pun ikut je register..dan aku jarang-jarang sekali bukak akaun nuffnang aku..

Tadi macam tergerak hati nak bukak..tetiba ada 1st CPUV from nuffnang!! 



serius terkejut..yela, blog aku ni bukannya hebat mana pun kalau nak dibandingkan dengan blogger2 hebat lain..traffic pun macam nak taknak je naik..pastu aku ni plak jenis kalau ada cerita best, baru aku update..bukannya tiap-tiap hari aku nak update..jenis pemalas nak ping blog..aku la tu orangnya..

Bila nuffnang dah bagi cpuv ni, terus automatik nak rajin update blog..hehe Thank you Nuffnang!


Kalau korang nampak iklan pasal Sony Year End Promo 2013 ni tengah dok menari-nari kat blog ni, rajin-rajin la click eh ;)


November 15, 2013

A'Famosa Resort - Safari Wonderland

Assalamualaikum :)

Sampai la kita ke episod akhir A'Famosa Resort ni *dah macam drama Love you Mr Arrogant* ..penat dah simpan cerita lama-lama..kang kalau tak update, lupa ingatan dah pasal pegi safari ni..so lepas ni, dah takde entri tertangguh ye pembaca sekalian :)

Sebelum ni dah pernah cerita pasal pegi main water theme park & cowboy town..mana yang tak baca lagi tu, boleh klik link ni okeh..

Day 2 - aktiviti kami adalah pegi ke Safari Wonderland..nama tak agak kan..wonderland bagai..dah macam kat oversea plak..padahal aku rasa takde la wonderland sangattt pun..biasa je, tengok-tengok binatang yang ada..

 


Pagi tu, kitorang pergi breakfast dlu..lepas tu pegi tengok elephant show..dalam banyak-banyak binatang yang ada kat safari ni, aku rasa gajah ni paling bijak..diorang ni siap pandai berlakon lagi taw..buat-buat tidur, pastu ada kawan diorang yang lain datang bawak baldi berisi air, pastu simbah kat kawan dia kejut untuk bangun..show ni yang paling best..




Lepas habis show tu, kitorang naik trak palak untuk tengok haiwan-haiwan lain..kalau ibu-ibu yang mengandung tu, memang dilarang untuk naik trak ni sebab jalan dia berbukit-bukit..takut nanti effect baby tu plak..kat dalam tu ada harimau, singa & haiwan-lain..kalau korang masuk dalam tu dengan hanya berjalan kaki, memang korang bagi rezeki kat diorang..silap-silap, korang yang kena ngappp.





 ni antara binatang yang ada kat safari tu..








 yang ni telur ostrich..nampak macam tipu kan? tapi yang ni original punya..bukan klon okeh..


Lepas dah habis tengok semua binatang tu, kitorang pergi ke Monkey Island plak..pulau takde la besar mana pun..monyet pun macam tak banyak sangat kat situ..nak pegi pulau tu, kena naik tongkang..kitorang singgah kejap, jalan-jalan, pastu terus patah balik..tak menarik..




Dah habis jalan-jalan semua, kitorang pun balik kondo, kemas-kemas barang semua, check out..lepastu singgah port-port menarik untuk ambik gambar.. ;)








                                                           Till we meet again Melaka! :)