April 10, 2013

Resepi Aiskrim Goreng

Assalamualaikum :)

Harini saya nak share sikit cara-cara nak buat aiskrim goreng..memang saya ni penggemar aiskrim tegar..masa kat uum dulu,ada la orang jual aiskrim goreng..memang sedap..nak buat sendiri tak reti..so,duit habes beli aiskrim goreng je..hehehe

tapi sekarang ni minat nak buat makanan sendiri tu ada..tak macam dulu..malas..hahaha..nak masak memang la malas..masuk dapur pun sebab nak ambik makanan je.. :D

dengan kemudahan internet sekarang,mudah je nak dapatkan resepi dan cara-cara buat aiskrim goreng ni..sangat la senang..budak tadika pun boleh buat..bahan-bahan yang nak digunakan pun senang je nak dapat..mesti korang dah tak sabar nak buat kannnn..jom kita tengok kat bawah.:)



Bahan-bahan :
1. Roti Gardenia
2. Aiskrim dalam tupperware.





Cara-cara :


 
 Mula-mula ambik 2 keping roti.


 pastu tekup dengan cawan,untuk dapatkan bentuk bulat..macam kat bawah ni.


 dah dapat bentuk bulat kan? pastu kita boleh la nak agak berapa banyak nak letak aiskrim.


letak aiskrim kat atas sekeping roti..lepastu, bila dah letak aiskrim kat tengah-tengah tu,telangkupkan pulak dengan roti yang kedua..pastikan tekan bahagian tepi..sebab kalau tak buat macam tu,masa goreng nanti,roti tu akan terbukak.


pastu jadi la macam ni..amatur yang buat,tercomot sikit..heeee :) letak dalam peti sejuk bahagian atas,yang sejuk beku tu..simpan sehari..esoknya,boleh la goreng..


masa goreng,tak sempat nak ambik gambar..excited sangat nak makan..hasilnya,sangat sedap! lepas ni tak payah bazir-bazir duit nak pegi beli..buat sendiri lagi jimat..

Selamat Mencuba! 

No comments :

Post a Comment