May 3, 2013

Resepi Kek Batik

Assalamualaikum :)

harini nak share sikit macam mana nak buat kek batik..
resepi yang sangat mudah senang dan cepat..
tak payah nak susah susah nak sukat berapa gram bagai..
just follow the step..

oh sebelum terlupa, resepi ni di rujuk di blog Cik Epal..ala,blogger yang famous gilerr tu..confirm koang semua kenal kan..

jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan :
1. Seketul butter.
2. Sebungkus biskut marie ( nak kurangkan sikit pun boleh)
3. 1 paket milo yang paling kecil (200gram)
4. 4 sudu besar susu pekat (cik epal guna setengah tin..mahu kencing manis nanti ;p)
5. 2 sudu besar serbuk koko.


 
Cara-cara :

1. Patah-patahkan biskut marie,ketepikan.



2. Potong butter kecik-kecik..nanti senang nak cair..masukkan dalam periuk. (guna api sederhana)



3. Masukkan susu pekat, milo & serbuk koko.





4. Kacau sampai semua dah sebati.



5. Masukkan biskut marie yang dah dihancurkan..Gaulkan sampai semua biskut tu sebati.



6. Masuk dalam loyang, tekan-tekan sikit pakai sudu, sejukkan dalam peti ais lebih kurang 2 -3 jam.



7. Siap untuk dimakan.




Selamat Mencuba!

No comments :

Post a Comment