May 29, 2013

Resepi Puding Roti Coklat Chip

Assalamualaikum :)

memandangkan sekarang ni takde keje yang perlu dibereskan,ambil masa kejap update blog..hehe..

harini nak share sikit pasal resepi puding roti coklat chip..actually dah lama dah nak update kat sini, tapi gambar baru transfer..maka entry ini tertangguh..

dah dah..banyak cakap betul hanim ni..jom kita tengok bahan-bahan..


Bahan-bahan :


 1 buku roti Gardenia.
 2 biji telur.
 3 sudu besar butter (cairkan).
 4 sudu besar gula.
 1 sudu kecil esen vanila.
 1 sudu kecil tepung kastad.
1 kotak kecil susu dutch lady.
 Coklat chip.



Cara-cara:

Perkara pertama yang anda harus lakukan adalah panaskan oven sebab kita akan bakar ye puding roti ni anak-anak..

 Kemudian, potong roti dan masukkan dalam loyang..tak kisah la nak potong macam mana pun asalkan boleh sumbat masuk dalam loyang..


 Taburkan coklat chip sebanyak yang mungkin..hehe..


 Rendam roti dengan susu lemak berkrim ni..ketepikan.






moh kita buat batter nya pulak..

 sementara kita rendam roti tu,boleh la buat batter pulak..campurkan semua bahan-bahan selain dari susu dan coklat chip tadi..pastikan semuanya sebati..sampai jadi macam gambar kat atas ni..lebih kurang..


tuang ke dalam roti yang direndam tadi..bakar dalam oven lebih kurang 40minit..

 Hasilnya seperti ini! Yummy!!


 tengok tu..naik elok je..tapi AWAS! jangan tertipu!


 puding tu akan turun jadi macam ni..tapi jangan risau..memang akan turun jadi macam ni..
makan panas-panas memang sedap..



 bila dipotong, akan jadi macam ni..coklat chip tu akan cair dalam puding tu..memang sedappp!





Selamat Mencuba!

No comments :

Post a Comment