July 31, 2013

Iftar Burger Al-Lazat @ Burger Bakar Abang Burn

Assalamualaikum :)

Jumaat lepas, plan dengan kawan-kawan uum nak bukak puasa sama-sama..dalam ramai-ramai yang dijemput, 7 orang je yang datang..takpe, maybe diorang ada hal lain kan..takpe, nanti kita plan raya pulak ye kawan-kawan :)

google punya google, last-last decide nak makan kat Burger Bakar Abang Burn..sape tak taw kedai burger fames ames ni kannn..dah banyak cawangan dah diorang bukak..sape-sape yang nak taw tempat jajahan diorang, boleh tengok kat fb diorang ni.

sebelum ni kalau pegi, asyik beli meatball je..tak penah beli burger sebab takut nanti makan tak habis..sempena bulan Ramadhan ni, abang burn ada perkenalkan menu baru iaitu Burger Al-Lazat..haruslah aku pegi try testing kan.


Dipendekkan cerita, jumaat tu kitorang kumpul la dekat jajahan bandar sri permaisuri..masing-masing order burger al-lazat ni..lepas je azan, terus makan..masing-masing senyap kau..khusyuk menikmati burger tu..begitu hebat penangan burger ni kan..

rasa memang sedap..tapi jenuh jugak nak habiskan 1 burger ni..kenyang gilerrr..tak payah order benda lain dah..cukup makan ni je..





cepat! korang kena try bulan puasa ni je..lepas ni dah takde menu special ni..






rindu nak lepak lagi!
bye



p/s : counting the day nak cuti raya..yeay!


2 comments :

  1. Dija makan meatball pastu lamb burger pernah try. Tapi bulan pose ni kan cam tak berkesempatan tau nak try, buke kat luar pun baru sekali je tau :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada masa lagi nak pegi try..cepat2! nanti raya dah takde dah burger al-lazat ni.. hehe :)

      Delete