August 28, 2013

Reader's Digest Contest - Aku Menang RM625,000 !!!

Assalamualaikum :)

Baca je tajuk kat atas ni, mesti korang rasa " Wahhh! best giler dia dapat duit banyak" , "Bertuah giler kau " and blablablablabla~~~

Well, mungkin ni rezeki aku kan *dengan intonasi berlagak*..sudah-sudah la berangan hanim oii..benda ni semua HELAH SEMATA-MATA!

Seriously, mula-mula aku dapat surat ni, memang excited giler! Giler kau..bukan senang nak dapat duit sedebuk banyak macam ni..mungkin ni rezeki aku..mungkinnnn je la kannnn...

Tapi aku tak hantar lagi contest ni..aku google dulu..dan banyak feedback kata tak payah join..ada helah okay..bila korang nak enter to the next stage, korang kena beli itu ini, baru korang akan lepas..dan beli, dan beli lagi produk diorang..ada yang beribu raban habis duit semata-mata nak lepas stage..tapi hasilnya? ZERO!






Tengok sampul pun dah teruja kan..aku macam "eh, biar betul ni..bila masa pulak aku register diorang punya contest"..aku ni pun bukannya suka nak membaca reader's digest ni..apatah lagi nak melanggan magazine diorang..buat habeh duit aku je..



Korang tengok la price amount tu..RM62,500 hokey! sape la yang bermurah hati nak bagi kau senang-senang je duit banyak tu..Bape tahun kerja pun, belum tentu dapat kumpul duit banyak ni..



 Amboi kau..siap ada certificate lagi..Final stage pulak tu..ntah bila masa pulak kan aku lepas stage yang sebelum-sebelum ni.


 Baik hati sungguh diorang ni..kayo gila..Macam-macam jumlah duit kau offer kat aku..


 Kalau korang baca pun, korang mesti excited nak join contest ni..


 Siap bagi replika cek lagi..nak bagi semangat lettew suruh join..


 Tengok tu..siap tanya lagi kau nak diorang bagi duit tu macam mana..by monthly or by lump sum..



Yang ni paling tak boleh blah..siap nak ambik aku naik limosine lagi dari KLIA ke Hotel 5Star..hahaha..ngarut je diorang ni..

So, nasihat aku kepada sesiapa yang dapat surat macam ni, tak payah la join..banyak lagi tempat yang kita boleh salurkan duit kita tu..okay? :)

8 comments :

  1. Hanim ...saya pun ada dapat surat gak dari reader's digest nie .. Kengkonon menang rm625,000 . memula seronok jugak la coz macam real kan then bila cari2 matlumat hurrmmm ... nasib baik x tertipu ... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn..pandai betul diorang ni nk psiko..nasib la tak tertipu..

      Delete
  2. baru dapat tadi.. ala dah angan2 mat jenin dah ni

    ReplyDelete
  3. hi hanim,
    I pon baru pas dpt surat ni...
    siap dia pos kat opis lagi....menang RM585,000.00 ....mmg terbaik lah....nasib baik I x mata duitan...klu x terjebak jgk nie...
    Thanks kongsi maklumat yer Hanim

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena selidik dulu..takkan senang- senang diorang nak bagi duit banyak macam tu kan..hehehe welcome zaza :)

      Delete