September 20, 2013

A'Famosa Resort - Condo D'Savoy

Assalamualaikum :)

Minggu lepas, aku dengan officemate pegi bercuti..bercuti sangat kannn..tapi dalam Malaysia je la..tak mampu lagi aku nak p oversea..memandangkan hari isnin tu cuti umum sempena hari Malaysia, maka kami mengambil keputusan untuk pegi jalan-jalan..bukan aku yang bagi cadangan, tapi bos aku yang ajak..yang aku ni pulak jenis orang yang jarang pergi holiday, so aku ikutkan aje plan diorang..Maka sampai la kami di A'Famosa Resort, Melaka.

Masa mula-mula sampai, kitorang pergi main main air kat water theme park dulu..tapi gambar kat situ belum transfer dari kamera lagi..dengan ini,aku cerita pasal tempat yang kitorang menginap dulu la eh..yang lain-lain tunggu next entri okeh..

Sebelum nak datang sini, kitorang google dulu hotel mana yang kitorang boleh tido tapi semua dah penuh..oh, kitorang datang 5 orang taw..google punya google, akhirnya bos pun terjumpa la pakej kondo + tiket safari + tiket cowboy town..kami share duit 5 orang..so, sorang kena bayar RM160..ok la tu kan daripada takde bilik langsung..pastu terus booked..

Kepada family yang nak datang bercuti, disarankan ambik la kondo ni..sangat selesa, luas..kalau yang datang tu ramai, boleh bawak toto sendiri..jimat!

 kitorang dapat bilik tingkat 21..tinggi gila..nasib aku duk rumah flat..takde la gayat mane..


 Yang ni ruang tamu.

Channel tv yang ada..untuk peminat korea, jangan risau..channel KBS pun ade..


Makanan yang alcekik aldarah..giler ke nasi goreng kampung sampai RM20.00 ++? baik pegi beli dekat gerai makan tepi jalan tuh..


Ada ruang balkoni.


 Ruang makan.


 Bilik tidur pertama..ada 2 katil single..aku tido bilik ni dengan kak as..


 Yang ni master bedroom..2 katil besar..kalau korang nak tambah tidur atas lantai pun boleh..tapi bawak toto sendiri..kat bilik ni pun ada bilik air..


 siap ada bathtab lagi..tapi kitorang tak guna pun..mandi pakai shower je..tapi air slow melow je T_T


 yang ni bilik air kedua..




 dalam peti ais tu kosong..korang jangan mengharap akan ada makanan yang banyak dalam tu..





 Subhanallah..view dari tingkat 21 ni sangat cantik!


 swimming pool pun ada jugak..




Tunggu next entri pasal water theme park okay!
Stay tuned :)



2 comments :

  1. Okey, next honeymoon tips! HAHAHA. Pakej tu dari mana? Agent ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakej tu tgk kat website afamosa resort je..xde pakai ejen ke ape..kitorang plan sndiri..hahaha

      Delete