September 25, 2013

A'Famosa Resort - Water World

Assalamualaikum :)

Seperti yang dijanjikan..kali ni nak share pasal Water Theme Park yang aku pegi kat A'Famosa Resort haritu..

 

Kitorang bertolak dari kL dalam pukul 9..pastu berhenti breakfast kat RnR Seremban..dalam pukul 12 kitorang sampai water world..turun je dari kereta, aku orang yang jalan paling depan..nampak sangat eksaited kan..yela..lama giler aku tak pegi tempat-tempat macam ni..




 tengok la betapa eksaitednya aku..nasib ofismate bawak kamera..boleh la aku posing..hahaha



 harga tiket ni berbeza taw ikut hari..kalau pegi weekdays, murah la sikit..weekend memang  mahal sebab diorang kan buat bisnes..confirm orang ramai datang masa weekend..diorang pun apa lagi, naik la harga kan..kitorang pergi hari sabtu dan ambik set sekali dengan lunch = RM41..kalau tak ambik lunch = RM40..so, lebih baik korang ambik sekali dengan lunch..diorang siap bagi makan nasi..sedap tu tak la sedap sangat..tapi boleh la masuk tekak dan hilangkan rasa lapar lepas penant-penat main air kan..


kertas yg aku pegang tu, nanti kenapa pakai kat tangan..macam pakai gelang..menunjukkan yang kita dah bayar tiket masuk..


 masuk je ikut entrance, akan ada sorang photographer berdiri kat situ dan dia akan offer ambik gambar kita..tapi kena pakai kamera diorang jela..nanti dah lepas main, masa korang nak balik, gambar korang dah siap print..tinggal nak bayar je ..RM18..pandai betul diorang ni buat duit T_T


 ni tempat-tempat yang boleh korang main..
pelampung kena sewa ye tuan-tuan dan puan-puan..loker pun sama..

Single Tube = RM8 + deposit RM8
Double Tube = RM10 + deposit RM10

Loker besar = RM12 (sekali bukak je)
Loker kecik = RM5 kotttt (tak ingat)


Disebabkan loker boleh bukak sekali je, dan kitorang semua main air, maka takde sape yang boleh pegang kamera..so, kamera tersimpan dalam loker..masa nak balik je baru kitorang ambik gambar sikit-sikit..




Kitorang tangkap gambar pun dekat kids pool..pas habis tangkap gambar, terus g tukar baju..pastu balik check in hotel..merehatkan badan..sebab malam tu ada aktiviti lain pulak..next entri okeh !

No comments :

Post a Comment