October 29, 2013

A'Famosa Resort - Cowboy Town

Assalamualaikum :)

Ampunnnn readers..terpaksa ambik masa sebulan nak sambung balik entri pasal aku pegi A'Famosa haritu..semua gara-gara busy dengan bisnes baru aku..korang boleh like FB Monista Boutique kalau nak tengok shawl cantik cantik plus murah murah..*nak jugak promote*

Ok hari tu aku stop sampai aku pergi main air kat water theme park diorang..kalau tak ingat boleh baca balik kat entri ni..then malam tu, ada event lain pulak..tapi sebelum tu, kitorang pergi isi perut dulu kat kedai makan kat luar A'Famosa tu..nak makan kat dalam hotel tu mahal..nasib baik la ada kereta kan..senang sikit nak bergerak..

Masa kitorang tengah makan tu, tetiba hujan pulak..so, nak taknak memang terpaksa lepak dulu kat kedai makan tu sampai hujan reda sikit..lepas tu baru kitorang bergerak ke Cowboy Town..ha Cowboy Town ni sebenarnya ada kat dalam A'Famosa tu jugak..haritu bos aku booking pakej kondo + tiket water theme park + tiket masuk Cowboy Town + tiket Safari = RM160.10/pax..so kalau tak pegi, memang rugi la kan..penat je bayar mahal-mahal..

Kitorang sampai je Cowboy Town tu, hujan dah berhenti..tapi kitorang sampai agak lewat la..ada pertunjukan yang kitorang tak sempat nak tengok..so, kitorang just masuk, jalan-jalan kejap, ambik gambar, tengok bunga api, balik..
So, moh kita layan gambar je la..nak cerita banyak-banyak pun dah tak ingat..hahaha sorryyyyy ;)
































Last but not least, tejumpa pulak dengan Dazrin Kamaruddin ni..kebetulan dia tengah shooting kat situ..handsome la pulak!  *melting*

Nest tunggu entri pegi Safari pulak ye..bila? tarikh masih belum difikirkan :)

No comments :

Post a Comment