November 15, 2013

A'Famosa Resort - Safari Wonderland

Assalamualaikum :)

Sampai la kita ke episod akhir A'Famosa Resort ni *dah macam drama Love you Mr Arrogant* ..penat dah simpan cerita lama-lama..kang kalau tak update, lupa ingatan dah pasal pegi safari ni..so lepas ni, dah takde entri tertangguh ye pembaca sekalian :)

Sebelum ni dah pernah cerita pasal pegi main water theme park & cowboy town..mana yang tak baca lagi tu, boleh klik link ni okeh..

Day 2 - aktiviti kami adalah pegi ke Safari Wonderland..nama tak agak kan..wonderland bagai..dah macam kat oversea plak..padahal aku rasa takde la wonderland sangattt pun..biasa je, tengok-tengok binatang yang ada..

 


Pagi tu, kitorang pergi breakfast dlu..lepas tu pegi tengok elephant show..dalam banyak-banyak binatang yang ada kat safari ni, aku rasa gajah ni paling bijak..diorang ni siap pandai berlakon lagi taw..buat-buat tidur, pastu ada kawan diorang yang lain datang bawak baldi berisi air, pastu simbah kat kawan dia kejut untuk bangun..show ni yang paling best..




Lepas habis show tu, kitorang naik trak palak untuk tengok haiwan-haiwan lain..kalau ibu-ibu yang mengandung tu, memang dilarang untuk naik trak ni sebab jalan dia berbukit-bukit..takut nanti effect baby tu plak..kat dalam tu ada harimau, singa & haiwan-lain..kalau korang masuk dalam tu dengan hanya berjalan kaki, memang korang bagi rezeki kat diorang..silap-silap, korang yang kena ngappp.





 ni antara binatang yang ada kat safari tu..








 yang ni telur ostrich..nampak macam tipu kan? tapi yang ni original punya..bukan klon okeh..


Lepas dah habis tengok semua binatang tu, kitorang pergi ke Monkey Island plak..pulau takde la besar mana pun..monyet pun macam tak banyak sangat kat situ..nak pegi pulau tu, kena naik tongkang..kitorang singgah kejap, jalan-jalan, pastu terus patah balik..tak menarik..




Dah habis jalan-jalan semua, kitorang pun balik kondo, kemas-kemas barang semua, check out..lepastu singgah port-port menarik untuk ambik gambar.. ;)








                                                           Till we meet again Melaka! :)


No comments :

Post a Comment