November 22, 2013

One Day Trip to Langkawi

Assalamualaikum :)

Cerita dah lama, dekat sebulan dah..tapi nak jugak cerita kat sini..untuk kenangan diri sendiri.. :)

Cuti deepavali haritu, aku pergi perlis, duduk rumah abang aku..nak lari dari bunyi mercun yang super duper giler kuat..tiap-tiap tahun, kalau nak deepavali je, memang kau tak boleh nak tido malam..serius! macam nak runtuh flat tu..ntah jenis mercun apa ntah diorang ni main..tak fikir langsung pasal orang lain..ada baby kat umah ke, ada orang sakit jantung ke..so memandangkan hari selasa tu cuti awal muharam, aku pun apply cuti hari isnin, lari pi duk kat perlis buat sementara waktu..

Aku sampai perlis tu hari sabtu pagi..memandangkan adik aku sekarang belajar kat Uitm Arau, pagi tu abang aku pergi ambik dia..lepas zuhur, kami 1 family bergerak ke kedah, melawat tok belah arwah abah aku..balik tu patutnya nak ke umah pakcik pulak, tapi wrong timing..pakcik aku takde kat rumah plak time tu..so, malam tu kitorang balik perlis terus..dalam kereta terus plan esoknya nak pergi mana..lets Langkawi!

Terus whatsapp cousin aku yang kerja kat sana..kebetulan dia pun cuti! memang nasib kami la kan..tak payah susah-susah nak cari kereta sewa bagai..dah ada tourist guide sendiri :)

Ahad tu, kami naik feri pukul 9.30 pagi..aku beli tiket on the spot..nasib baik available lagi..sampai langkawi dah nak dekat pukul 11..cousin aku dah siap tunggu kat jeti kuah..



harga tiket sorang = RM18 sehala


Hai Langkawi! ;)


Dah sampai langkawi kan, kitorang tak taw nak pi mana..hanya mengharapkan cousin aku tu je..kami redha dibawa ke mana sahaja..wahhh gituuu.

Memandangkan dia kerja kat cable car plus kami pun tak penah naik benda alah tu, lets go! On the way nak ke sana, akan lalu satu tempat yang cantik ni..yang sedihnya aku tak taw apa nama tempat ni..wakakakaka


haaaa ala-ala macam kat Amsterdam gituuu..nak pergi luar negara tak mampu lagi..berangan dalam negara je la dulu.. ;)


Sampai je, terus cousin aku pi ambik vvip punya pas..tak payah beratur panjang nak naik cable car tu..ngeh3..orang lain pandang semacam je kat kitorang..apa ade hal..kau ado? :p

Kalau nak beli tiket vvip ni, RM150 ke RM180 kot sorang..tak ingat..tu pun kalau tak rela nak beratur panjang kan..harga tiket biasa RM15 je..



Tinggi gila! sape-sape yang tak berani tu, korang jangan la naik..takut nanti korang gayat tak hingat dunia..kang korang takut nak turun balik..memang tinggi gila..aku yang naik ni pun tak berani nak tengok bawah..




This is view from the top..SubhanAllah..tersangat sangat cantik..hebat sungguh kuasa Allah :')


With my brother..nak pulak kau ajak aku amik gambar berdua.. :p


With my little sister..shawl kami pakai tu from Monista Boutique..rajin-rajin la tengok shawl cantik cantik kat sana..murah murah, lawa lawa taw! :)


Sebelum nak turun balik, kitorang lepak jap kat kafe dia..makan & minum sambil menghirup udara segar plus nyaman..sejukkk je duk kat atas tu taw..


Lepas tu, kitorang tengok wayang 3D..movie tu tak lama..10 minit je..aku masuk duduk sebelah adik aku, asyik gelak je..memang kau akan rasa real duduk dalam wayang tu..siap diorang sembur-sembur air, main-main kaki korang..serius tak boleh blah!


Oh meet my tourist guide aka my cousin..dia menggelarkan diri dia Don Kjay..whatever la..nak nama glemer je kan..ala-ala retiss gituuu..


Dah habis makan, solat semua..apa lagi nak buat? Oh beli tiket balik..kang kul 6 kau pegi cari tiket, tetiba dah habis plak..naya! dah la esoknya abang aku keja..bergerak la kami mencari tiket..plan nak ambik tiket kul 6, tapi dah habis..terpaksa ambik tiket kul 7, last trip untuk ke Kuala Perlis..banyak lagi masa nak bersiar-siar dalam langkawi ni..hehehe

Apa lagi nak buat? Kalau dah namanya langkawi, macam weird plak kan kalau korang tak borong coklat..kan kan kan? So, ke Haji Ismail Group la kita! Tak sangka plak dia dah buat kompleks khas dia punya sendiri..memang hebat.! tempat pun luas, senang nak shopping..hehehe..

Dah masuk dalam ni, memang tak fikir apa dah kan..coklat je dalam kepala otak ni..handphone letak dalam beg..fokus shopping! sebab tu takde gambar dalam kompleks ni..hehe..memang gila tengok coklat yang sangat banyak dan murah! kalau coklat Daim tu, kt sana baru RM14..kalau kat kL ni ha, mahu la RM30 lebih..memang cekik darah..

Dah habis memborong, kitorang makan laksa plak kat tepi kompleks ni..tengok jam, dah pukul 6 petang..Tempat terakhir wajib bergambar dalam langkawi is Dataran Lang..

Mak aihhh, ramai gila orang duk kat burung helang tu..tak kuasa la aku nak rempuh lautan orang ramai tu semata-mata nak pi ambik gambar..dapat gambar belakang pun jadi la helang oii..


Kami nak balik dah..memang tak puas jalan-jalan kalau dah sehari je perginya..takpe, next time boleh buat plan lagi..maybe boleh pergi bercuti dengan orang lain pulak kan..eh kbai..

Bye Langkawi! :)



2 comments :

  1. ermm dah lama tak g langkawi... thanks info.. :) eee cam seram je naik cable car tu hehe.. gayat

    ReplyDelete
    Replies
    1. cable car tu sangatt tinggi..kalau gayat, jangan naik.nanti semput pulak kat atas tu.. :)

      Delete