November 19, 2013

Shogun Japanese Buffet Restaurant

Assalamualaikum :)

Dah lama rasanya tak review tempat makan ni..harini nak review tempat makan plak..nama tempatnya adalah Shogun Japanese Buffet Restaurant..

Ni semua idea bos nak makan kat sini..aku pun bukannya arif sangat pasal tempat-tempat makan ni..ikut orang je..memandangkan bos cakap kali ni kita pi makan pakai duit company, aku merangkap person in charge untuk bahagian akaun, so bos suruh aku decide tempat makan & survey harga sekali..

Mula-mula tengok harga makan kat Shogun ni, macam melampau..pastu try survey tempat makan lain..idea ada tapi transport susah plak nak ke tempat tu memandangkan masing-masing guna public transport je..harga kat Shogun ni berubah-ubah ikut hari & masa..so, kitorang decide pergi lunch hari sabtu kat One Utama..







Konsep retoran ni adalah buffet..so, korang boleh ambik banyak mana, sesuka hati nak makan apa tapi jangan MEMBAZIR! sebab membazir tu amalan syaitonnn..korang ambik makanan apa yang korang rasa nak makan je..kalau setakat ambik, letak atas meja, pastu tak makan biar kat tepi, baik tak payah ambil..










 bila kitorang dah nak habis makan tu, one of the staff kat situ bagi kitorang token ni..dia kata boleh pegi ambik free je..


 ha ni la dia..macam pelik kan? padahal aiskrim je pun..tapi bentuk tu yang unik..aiskrim ni akan sentiasa keluar..so, korang sedut je..

 Diorang ni cipta benda alah ni, pakai konsep sains..dulu ada belajar tapi den dah lupo..lamo dah tinggal sekolah.tengok, bila aiskrim tu dah habis, macam ni la rupanya..dah macam apa dah aku tengok..tapi korang jangan fikir bukan-bukan! :p





overall, makanan rasa macam biasa-biasa je..kalau korang minat makan sushi, ha sini banyak pilihan..aku bukan penggemar sushi, so aku tak makan pun sushi kat sini..hehe..

Nak tahu lebih lanjut, boleh pergi tengok kat website Shogun okeh! :)


No comments :

Post a Comment