May 29, 2013

Resepi Puding Roti Coklat Chip

Assalamualaikum :)

memandangkan sekarang ni takde keje yang perlu dibereskan,ambil masa kejap update blog..hehe..

harini nak share sikit pasal resepi puding roti coklat chip..actually dah lama dah nak update kat sini, tapi gambar baru transfer..maka entry ini tertangguh..

dah dah..banyak cakap betul hanim ni..jom kita tengok bahan-bahan..


Bahan-bahan :


 1 buku roti Gardenia.
 2 biji telur.
 3 sudu besar butter (cairkan).
 4 sudu besar gula.
 1 sudu kecil esen vanila.
 1 sudu kecil tepung kastad.
1 kotak kecil susu dutch lady.
 Coklat chip.



Cara-cara:

Perkara pertama yang anda harus lakukan adalah panaskan oven sebab kita akan bakar ye puding roti ni anak-anak..

 Kemudian, potong roti dan masukkan dalam loyang..tak kisah la nak potong macam mana pun asalkan boleh sumbat masuk dalam loyang..


 Taburkan coklat chip sebanyak yang mungkin..hehe..


 Rendam roti dengan susu lemak berkrim ni..ketepikan.






moh kita buat batter nya pulak..

 sementara kita rendam roti tu,boleh la buat batter pulak..campurkan semua bahan-bahan selain dari susu dan coklat chip tadi..pastikan semuanya sebati..sampai jadi macam gambar kat atas ni..lebih kurang..


tuang ke dalam roti yang direndam tadi..bakar dalam oven lebih kurang 40minit..

 Hasilnya seperti ini! Yummy!!


 tengok tu..naik elok je..tapi AWAS! jangan tertipu!


 puding tu akan turun jadi macam ni..tapi jangan risau..memang akan turun jadi macam ni..
makan panas-panas memang sedap..



 bila dipotong, akan jadi macam ni..coklat chip tu akan cair dalam puding tu..memang sedappp!





Selamat Mencuba!

May 28, 2013

Mr. Steak House, Shah Alam

Assalamualaikum :)

Ahad yang lepas, pegi teman Mr.K kenduri kahwin kawan dia kat bangi..alang-alang tu konon nak celebrate birthday dia sekali..lama kena tunggu masa yang sesuai nak celebrate..hehe

Sebelum tu saya pun google la tempat makan yang best tapi tak mahal..so, jumpa la tempat ni..
Mr. Steak House
tengok komen kat facebook diorang ni macam best..restoran ni ada 2 cawangan..satu kat Seri Kembang, satu lagi kat Shah Alam..

Mula-mula decide nak pegi yang kat Seri Kembangan..dekat sikit la dengan Bangi kan..tapi GPS tak nak tolong :'( takde bagi petunjuk ape-ape pun..

last-last pegi yang dekat Shah Alam tu..nasib baik kali ni GPS membantu :)





 yang kanan bandung cincau.
yang kiri sirap bandung..
rasa memang sedap..harga tak hinggat berapa..tapi memang puas hati :)



 yang atas ni nama dia Beef black pepper steak..Mr.K yang order..
rasa kuah black pepper tu memang sedap..
tapi daging tu tak best..liattt! penat mulut nak mengunyah..
harga RM 15.90


yang ni saya yang order..
Chicken Merryland..
nama dish ni macam best kan..
rasa mula-mula makan tu boleh la..
tapi bila dah sejuk,tak best..not my taste..
sos dia tu rasanya diorang letak sos tomato kot..
menyesal plak tak order chicken chop biasa je..huhu
harga RM 11.90

tapi kalau korang nak try,boleh je pegi..korang boleh try menu yang lain pulak :)








May 14, 2013

Dinner di Manhattan Fish Market,Sogo

 Assalamualaikum :)

Jumaat yang lepas, bos belanja makan..heee..
makan kat mane?
The Manhattan Fish Market
dekat sogo je..senang..dekat ngan office, dekat ngan Lrt..

maka lepas office hour pukul 5 petang, bergerak lah kami ke sogo..actually this is my first time makan kat sini..sebelum ni tengok orang je makan..nak p makan sendiri, tak reti nak order..ngeh3..plus takot tak sedap..dah membazir kat situ kannn..tapi kalau orang yang belanja,lain cerita..hehe

sampai sampai je terus cari tempat..masa tu kitorang pegi 5 orang ..ofismate..company kecik, staf pun sikit..kalau ramai, kopak la bos nak belanja semua orang kan..jenuh pikir 2 kali nak belanja ke tak.kikikiki

oh,diingatkan entri ini akan penuh dengan gambar..selamat terliur! ;p

meh nak cerita satu satu pasal menu kat sini ye..



ni semua menu-menu yang ada kat sini..semuanya berasaskan makanan laut..takkan nak jual ayam pulak kann..dah sah-sah nama kedai pun fish..harga punn boleh tahannnn!




 

 Feeesh 'n Cheeese ni,dia punya cheese memang mabeless!


 saya makan yang ni..boleh pilih sama ada nak ikan Dory atau Cherry Snipper..
ambik set Lite dah cukup..terlebih kenyang..
portion ikan takla besar mana..
harga RM15.50



 
pastu saya amik set yang ni plak..
kena tanya dulu soup of the day ape untuk hari tersebut..
bila orang tu kata mushroom soup,terus on!

 






 tetiba orang tu kata mushroom soup dah habes..the dia gantikan dengan yang kat bawah ni.

 nama dia seafood cheddar..1st time makan..
rasa? boleh laaaa..
tapi makan tak habis pun..



 air pepsi je..







makanan dah sampai!





 yang atas ni ofismate yang order..
Fried Calamari..
yang ni bukan ikan tapi sotong..
rasa? sedapp :)
harga RM 9.90



 yang ni pulak bos order..
Crispy Whitebait
macam ikan bilis tapi bukan..
rasa? not my taste..
harga RM11.90




 yang ni pun bos yang order..
Salmon Penne..
rasa? sedappp dapp dapp ;)
harga tak sure..hehe



Alhamdulillah..habis..tapi jangan tanya kenapa tak makan sayur sayuran tu..
menu ni sedap kalau makan time panas panas..
kalau dah sejuk,rasa muak pun ada..
so,kena la makan laju laju..hehe



thank you bos belanja makan..lain kali boleh belanja lagi..hehe

May 3, 2013

Resepi Kek Batik

Assalamualaikum :)

harini nak share sikit macam mana nak buat kek batik..
resepi yang sangat mudah senang dan cepat..
tak payah nak susah susah nak sukat berapa gram bagai..
just follow the step..

oh sebelum terlupa, resepi ni di rujuk di blog Cik Epal..ala,blogger yang famous gilerr tu..confirm koang semua kenal kan..

jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan :
1. Seketul butter.
2. Sebungkus biskut marie ( nak kurangkan sikit pun boleh)
3. 1 paket milo yang paling kecil (200gram)
4. 4 sudu besar susu pekat (cik epal guna setengah tin..mahu kencing manis nanti ;p)
5. 2 sudu besar serbuk koko.


 
Cara-cara :

1. Patah-patahkan biskut marie,ketepikan.



2. Potong butter kecik-kecik..nanti senang nak cair..masukkan dalam periuk. (guna api sederhana)



3. Masukkan susu pekat, milo & serbuk koko.





4. Kacau sampai semua dah sebati.



5. Masukkan biskut marie yang dah dihancurkan..Gaulkan sampai semua biskut tu sebati.



6. Masuk dalam loyang, tekan-tekan sikit pakai sudu, sejukkan dalam peti ais lebih kurang 2 -3 jam.



7. Siap untuk dimakan.




Selamat Mencuba!