July 31, 2013

Iftar Burger Al-Lazat @ Burger Bakar Abang Burn

Assalamualaikum :)

Jumaat lepas, plan dengan kawan-kawan uum nak bukak puasa sama-sama..dalam ramai-ramai yang dijemput, 7 orang je yang datang..takpe, maybe diorang ada hal lain kan..takpe, nanti kita plan raya pulak ye kawan-kawan :)

google punya google, last-last decide nak makan kat Burger Bakar Abang Burn..sape tak taw kedai burger fames ames ni kannn..dah banyak cawangan dah diorang bukak..sape-sape yang nak taw tempat jajahan diorang, boleh tengok kat fb diorang ni.

sebelum ni kalau pegi, asyik beli meatball je..tak penah beli burger sebab takut nanti makan tak habis..sempena bulan Ramadhan ni, abang burn ada perkenalkan menu baru iaitu Burger Al-Lazat..haruslah aku pegi try testing kan.


Dipendekkan cerita, jumaat tu kitorang kumpul la dekat jajahan bandar sri permaisuri..masing-masing order burger al-lazat ni..lepas je azan, terus makan..masing-masing senyap kau..khusyuk menikmati burger tu..begitu hebat penangan burger ni kan..

rasa memang sedap..tapi jenuh jugak nak habiskan 1 burger ni..kenyang gilerrr..tak payah order benda lain dah..cukup makan ni je..





cepat! korang kena try bulan puasa ni je..lepas ni dah takde menu special ni..






rindu nak lepak lagi!
bye



p/s : counting the day nak cuti raya..yeay!


July 24, 2013

Buffet Ramadhan di Nook, Aloft Hotel KL Sentral

Assalamualaikum :)

*AWAS! ENTRI PENUH GAMBAR*

Isnin lepas, aku pegi bukak puasa dengan officemate kat Nook, Aloft Hotel KL Sentral..lepas habis keje,terus gerak ke sana naik monorail..ingatkan naik monorail lagi mudah nak ke sana..tapi naik train aliran kelana jaya tu lagi senang..tak payah jalan jauh..

kitorang booking siap siap..takut penuh..lagipun diorang dah sediakan tempat baikk punya..dekat dengan makanan..senang nak ulang alik ambik makanan..ye dak?

Moh kita layan gambar satu-satu..pasal harga,jangan fikirkan lagi..cuci mata dulu.



 air panas yang ada, nescafe & teh tarik..nescafe dia kaww giler..memang puas hati minum.

 macam-macam kuih ada..pulut inti, lopez, cucur badak, macam-macam lagi la..tak larat nak rasa semua jenis..


 yg kiri sekali ni sedappp..nama dia salmon puff..siap ada sos lagi..memang lemak berkrim disukai ramai..sedapp.


 yang ni pulak bahagian buah-buahan..ada tembikai, betik, nenas dan lain-lain..boleh tengok kat gambar ni.

 part kesukaan aku..dessert! aku rasa fruit cake, blueberry tart, mango puding dengan choc cake..yang paling sedap adalah chocolate cake tu..yang paling tak sedap fruit cake dia..aku rasa sikit je..pastu tak habis..

 yang ni paling bestttt antara semua makanan yang ada kat sini..bread butter pudding..sampai rumah pun terbayang-bayang lagi puding roti ni..adoii

 ada ketam, udang, yang dua kat atas tu tak taw ape benda tapi masin!

 kat sini pun ada ulam-ulaman, sambal belacan..

 serius aku tak pernah tengok diorang masak nasi arab ni..siap letak kambing lagi atas tu..memang menarik perhatian..rasa? boleh tahan la..

 memandangkan banyak makanan yang perlu dimakan, aku decide ambik air tebu sebab takde susu kan dalam tu..kang aku kenyang awal-awal, rugi je tak rasa makanan lain.


 bubur lambuk ni masin..aku makan 3-4 sudu je..pastu terus tolak tepi.

 diorang provide air kosong atas meja sorang-sorang..mana yang dah nak abes, pelayan kat situ akan tambahkan..tak payah melilau dalam tu cari air kosong.



 sate pun ada..sangat lembut..sedappp

 ala blur la pulak gambar ni..kupang ni pun sedapp.

 nasi ayam pun ada jugak..

ikan bakar & sotong bakar.


 makanan atas meja kitorang sebelum azan maghrib.



 ais kacang ni kita kena buat sendiri..tapi tak sedap..dah la cepat cair..aku makan sikit je..

officemate aku..semua belum kawin lagi.


 jakun dengan sinki kat toilet ni..tadah je tangan, air terus keluar.


sesiapa nak tengok view dalam cafe tu, boleh tengok kat sini.

harga untuk seorang adalah RM88++..nasib pakai duit company..kalau tak, takde maknanya aku nak jejak kaki kat sini..lebih baik makan nasi kat rumah..

Jangan risau, ada kemudahan surau disediakan..so, takde alasan tak nak solat okay.

Sape-sape nak booking, boleh call terus ke 03-27231188.