December 31, 2015

Terima kasih 2015

Terima kasih untuk semua kenangan, 
Terima kasih untuk semuanya,
Terima kasih 2015..

December 21, 2015

Mencari Hikmah

Ujian demi ujian,
Dugaan demi dugaan,
Aku terpaksa tempuh sepanjang 2015,
Walau aku suka ataupun tidak,
Aku terpaksa juga hadapi semua ini.

Allah,
Satu persatu ujian yg Kau beri padaku,
Tak tertanggung rasanya hati ini,
Namun apakan dayaku,
Aku hanya mampu berserah dan berdoa..

Pada mulanya,
Allah beri aku sedikit sinar bahagia,
Sinar yang aku sangkakan akan berpanjangan sehingga ke akhir hayatku,
Tapi, perancangan Allah itu lebih sempurna..
Allah tarik kembali nikmat sementara yang dipinjamkan padaku..
Apakan dayaku,
Aku tak mampu nak melawan ketentuan takdir,
Aku terima Qada' dan Qadar ku..
Walau pedih, walau perit,
Semua ini perlu waktu..
Apalah dayaku..

Kemudian, dugaan demi dugaan datang lagi..
Allah.....
Hebatnya ujianMu ini ya Allah...
Hebatnya ujianMu ini kerana aku tahu aku disayangi...
Terima kasih ya Allah..
Kau beri ujian ini supaya aku tidak lalai, supaya aku tidak lupa padaMu ya Allah..

Aku pasti akan ada hikmah atas apa yang telah berlaku pada diriku..
Hikmah yang masih aku cari,
Hikmah yang masih tersembunyi,
Hikmah yang aku tahu pasti besar ganjarannya,
Wahai hikmah, aku sentiasa menanti..
Menanti penuh sabar, menanti penuh redha...

Yang baik selalunya akan muncul kemudian..

September 3, 2015

Titik peluh

Maaf, 
Aku tak dapat nak bagi hasil kerja aku kepada kau..
Walaupun hanya sekeping gambar, 
Gambar itu la yang sangat bermakna bagi aku..
Kau takkan pernah tahu macam mana lelahnya aku bekerja pada waktu malam..
Bukan aku berkira, 
Tapi gambar itu adalah hasil titik peluhku,
Hasil penatku..
Tapi kau simply minta gambar itu, 
Without my watermark on that picture,
Hanya untuk kepentingan kau..

Maaf geng, 
Harap kau memahami adat berniaga..

August 14, 2015

Miss Independent 5

Jatuh bangun,
Penat lelah berniaga, 
Mostly aku yang tanggung sendiri..
Bukan mudah buat 2 kerja sekaligus..
Siang bekerja di office, 
Ada masa terluang, aku uruskan Monista..

Aku tak suka nak menyusahkan sesiapa,
Sebab, 
Kadang-kadang bila minta bantuan sikit, ada yang merungut, ada yang mengungkit..
So, lebih baik uruskan sendiri..
Puas hati, 
Hati pun tak sakit!

I'm Miss Independent,
Tidak gemar minta bantuan sesiapa.

August 10, 2015

Miss Independent 4

Hatiku mudah tersentuh, 
Hatiku mudah tersinggung,
Aku perlu bahu untuk bersandar dan luahkan apa yang aku singgung kan..
Aku cuba beritahu kamu, tapi seolah keadaan tidak sesuai..
Dan aku cuba lagi...dan terus mencuba..
Tapi ternyata aku tak berdaya...
Aku tahu bila aku beritahu, confirm ibu jari akan menghala ke arah ku..
Aku berhak untuk dapatkan perhatian dari kamu..
I deserved it..

Maka, apa yang aku boleh buat? 
Aku hanya boleh diamkan diri, 
Tahan air mata dari mengalir, 
Pendamkan sahaja apa yang aku rasa..
Aku juga punya hati dan perasaan...

I'm Miss Independent, 
Bergelut dengan perasaan, sendirian...
:'(

August 2, 2015

Kasih sayang Abah

Ntah kenapa, semenjak dua menjak ni, hati begitu sensitif bila ada yang post berkaitan dengan abah..pasti air mata akan menitis..
Walau dah 18 tahun berlalu, perasaan cemburu bila melihat kawan-kawan lain post berkaitan dengan abah, tetap ada..

Abah pergi ketika usiaku hanya 8 tahun..
Waktu yang sangat singkat untuk aku mengenal erti kasih sayang seorang abah..sangat singkat..
Malah, hanya beberapa memori indah yang aku mampu mainkan kembali saat aku pejamkan mata..
Hanya beberapa..

Dulu, abah la orang yang selalu akan backup aku bila bergaduh dengan abang..ibu akan backup abang..
Abah selalu akan menangkan aku..
Abah selalu manjakan aku lebih dari abang..
Apa yang aku minta, pasti akan dapat..
Sekarang, bila aku bergaduh dengan abang, siapa akan backup aku? 
Tiada..
Memang aku masih punya ibu, 
Tapi siapa yang tidak rindu kasih dan belaian abah? 
Berbeza...

Jasa abah, memang aku tidak sempat balas..
Hanya doa yang aku mampu kirimkan buat abah..
Jasa ibu, aku sedang cuba balas perlahan-lahan..
Aku tidak mampu ucapkan dengan kata-kata, tetapi berharap sangat ibu faham dengan apa yang aku sedang cuba buat..

Sungguh aku rindukan kasih sayang seorang abah..
Aku hanya berharap, 
Jika panjang umur, jika ada jodoh, 
Aku mampu miliki kasih sayang dari seorang abah mertua..
Yang mampu menyayangi aku seperti anak sendiri..
Yang boleh memberikan aku nikmat merasai kasih sayang seorang abah, sekali lagi...

Aku hanya mampu meluahkan isi hatiku pada blog ini..
:'( :'( :'(

July 17, 2015

Raya tanpa abah

Rasanya, ini kali pertama..
Aku menitiskan air mata dihadapan kubur abah, pada 1 Syawal..
Cuba untuk menahan air mata, tapi gagal..
Sungguh aku rindukan abah..
18tahun raya tanpa dia..
Semoga abah tenang disana..
Al-Fatihah..

July 4, 2015

Miss Independent 3

Dugaan di bulan puasa..
Menguji tahap kesabaran..
Entah siapa cerdik pandai pergi cabut nombor plate tu..
1st time jadi kat diri sendiri..
Memang speechless..
Tak terkata..
Tak tahu apa yang kena buat..
Nak kena report polis ke? 
Nak pergi buat baru kat mana?
Kat centre ke?
Kat kedai biasa ke? 
Soalan ini bermain dalam fikiran sendiri..

Nak tanya siapa? 
Tanya la sesiapa yang agak-agak boleh bagi jawapan yang bernas..
Tapi sesiapa tu, siapa? 
Nak buat pattern macam mana? 
Ada macam-macam jenis ke? 
Harga standard berapa?
Yang ni pandai-pandai la fikir sendiri..
Pandai-pandai la google sendiri..
Gamble pergi buat sorang-sorang..
Dengan harapan takkan kena tipu..
Hopefully..

I'm Miss Independent..
Semua pun buat sendiri..








June 29, 2015

Miss Independent 2

Hidup ini, 
Tak selalu kita dapat puaskan hati orang lain,
Tak selalu orang lain akan faham kita,
Tak selalu kita akan dapat bantuan dari orang lain..
Tak selalu kita akan dapat apa yang kita mahu..
Sekali aku cuba meminta tolong, di reject..ok fine..aku akan buat sendiri..
Thank you for your respons..
Hidup takkan selamanya boleh meminta-minta..kan?

Aku akan cuba sedaya upaya untuk berfikiran positif..
Mesti cuba menjadi kuat..

Because,
I'm Miss Independent..

June 13, 2015

Abah

Di saat ku kesedihan,
Di saat ku menangis,
Di saat ku dimarahi, 
Di saat ku keseorangan,
Di saat ku kesunyian,
Di saat ku tak mampu luahkan isi hatiku dengan kata2,
Hanya satu harapanku,
Harapan agar abah berada disisiku..
Hanya dia yang faham aku..
Harapan tinggal harapan..
Aku perlu kuat dan tabah..
Demi abah..
Moga abah tenang disana..
InsyaAllah kita jumpa lagi kat syurga..
Sayang abah..



May 27, 2015

Miss Independent

Dulu, aku tak pernah dapat layanan macam orang lain..
Aku tak dapat apa yg diorang dapat..
Padahal kedudukan aku sama macam diorang..
Inilah hati perempuan, tak pernah lekang dari rasa cemburu..
Walau dah lama berlalu, perasaan tu masih ada..

Apa yg boleh aku buat?
I can do nothing! Selain dari menangis, yes nothing..aku tak mampu nak luahkan perasaan ni kt sesiapa melainkan Allah..hanya aku yg faham apa yg aku rasa..
Aku cuma fikir, mungkin ada hikmah disebalik ini..
Hikmah besar yg aku bakal dapat nanti..
Aku hanya perlu pendam rasa ni,buat macam tiada apa yg berlaku..
aku perlu kuat..dan aku perlu buat kering..lagi fikir, lagi la sakit..

For all you know, 
I am strong..
And,
I am Miss Independent..



May 15, 2015

Hati perempuan

Hati perempuan,
Memang sukar difahami,
Memang sukar dimengerti,
Macam-macam ragam,
Macam-macam karenah,

Tapi,
Itulah keistimewaan perempuan,
Yang tiada pada lelaki,
Maka, hargailah mereka.

February 27, 2015

Be myself

Belajarlah untuk jadi diri sendiri..
Tak payah dok kalut nak ikut orang..
Ikut fesyen itu ini, ikut character orang lain..
Untuk apa?

Lebih baik jadi diri sendiri..
Ini yang akan bezakan kita dengan orang lain..
Ini yang akan buat kita lagi special daripada orang lain..
Lain orang, lain caranya..
Terimalah seadanya..

I love being myself :)

February 18, 2015

Sabar itu terbaik

Saat hati berkata ingin,
Namun Allah berkata tunggu..
Kita merancang, Allah juga merancang..
Tetapi perancangan Allah itu yang terbaik..
Maka, banyakkan bersabar..
Akan tiba juga masa itu, suatu hari nanti..
InsyaAllah, semoga dipermudahkan..
Amin..