December 19, 2016

Selamat Pengantin Baru Is

Bulan 12, bulan penuh kenduri..
Tapi yang pasti bukan kenduri aku, tapi kenduri kawan-kawan..
Dan salah seorangnya, kawan satu matriks aku, Iskandar..

Terima kasih sudi jemput..
Terima kasih atas sikap professional awak, sudi lagi menjadi kawan saya..
Dan untuk tidak menghampakan, saya usaha jugak attend your wedding & Alhamdulillah, sampai ke destinasi dituju..

Sangat terharu dengan layanan dari family..
Semua masih ingat saya, especially mak..memang terkedu & rasa sebak jugak bila mak masih kenal & peluk saya..
Dengan adik tak payah cakap la, dah macam adik saya sendiri...
Abang-abang semua tegur saya..sangat tak sangka diorang masih kenal saya..
Alhamdulillah, silaturrahim ini yang saya inginkan..

Im speechless..hanya Allah sahaja yang tahu perasaan ini..
Terima kasih semua..semoga ukhuwah kita  berkekalan hingga ke syurga, amin..

Buat Iskandar & Pasangan, 
Selamat Pengantin Baru..
Semoga berbahagia selalu, semoga dapat membina keluarga yang sakinah dan mawaddah..
I'm very happy for you :)

December 17, 2016

Kan best...

Tiba-tiba terbayang..
Alangkah bestnya kalau kita boleh pergi holiday sama-sama..
Mesti happening 1 family lengkap sama-sama pergi bercuti..
Kan abah..

Tapi apakan daya..
Orang tak sempat nak bawak abah pergi holiday..
Orang tak sempat pun nk balas budi abah..
Orang tak sempat nak manja-manja dengan abah..
Orang tak sempat nak merasa abah jadi wali..
Really really miss u abah :'(

December 12, 2016

Kesabaranku diuji

Hari ini, 12.12.16
Hari kesabaranku diuji..
Dari pagi sampai malam..
Kesabaranku sangat teruji..
Sangat..

December 7, 2016

Teringat

Ntah kenapa tiba-tiba harini rasa nak menangis..
Tiba-tiba harini teringat orang-orang yang pernah hadir dalam hidup aku..
Teringat awak...
Ntah..tiba-tiba je teringat..
Rasa macam takde kawan nak bercerita..
Dulu bercerita dengan awak je kan..
Hmmmmm

Dan yang paling aku teringat, abah..
I love you abah :'(
Al-Fatihah...

December 5, 2016

Rarely Update

Sangat tak sempat nak update kat sini.
Update kat Instagram & FB pun, dah tak meriah macam dulu..
Ntah la, rasa macam buat apa nak update..bukan ada siapa kisah pun kan..
Update sekali sekala sahaja..bila perlu..

Sekarang aku hanya busy update perniagaan aku..
Busy untuk mencari pendapatan sampingan..
Hidup sekarang ni kena pandai cari duit lebih..
Dengan cara ini juga, aku boleh melupakan kisah-kisah lalu..

Sudi-sudi lah support bisnes saya..
'Monista'
InsyaAllah, sedang berusaha untuk lebih maju pada masa hadapan..
Doakan saya..
Amin....

November 25, 2016

Maafkan saya

Walaupun sebelum ni banyak kali aku dah cakap, tapi aku still nak cakap lagi..
Ampun maaf dipinta, dari hujung rambut hingga ke hujung kaki..
Andai ada salah dan silap, harap dimaafkan..
Harap tiada dendam antara kita..
Jika ada, please tell me personally..
Jika aku ada berhutang apa-apa, halalkan lah..tapi kalau tak boleh nak halalkan, again, ask me personally..
Im here..

Ya, aku tak mampu nak minta maaf secara personally, atas sebab-sebab yang tertentu..yang kalian sendiri tahu sebabnya..

Sekali lagi, ikhlas luhur dari hati, aku minta maaf di atas segala perbuatan aku yang mungkin kurang menyenangkan kalian..aku minta maaf dunia akhirat..
Diharap kalian tidak menuntut apa-apa lagi dari aku di padang masyhar nanti..
Harap ukhuwah yang selama ini terjalin antara kita, diberkati olehNya..aminnn 

Semoga kita semua diampunkan dosa oleh Yang Maha Pengampun..
Dan dapat menikmati syurga diakhirat kelak.. 
amin......

November 10, 2016

Tak Suka Tak Apa

Masa on the way balik dari kerja, telinga sumbat earphone..tiba-tiba keluar lagu Gmie Screen nyanyi..terasa macam kena dengan diri sendiri.. setepek kena kat dahi..
============================
Jikalau orang tak suka tak apa,
Tapi janganlah kau mengata,
Sudah menjadi adat di dunia,
Ada rupa dan berharta orang suka..

Jikalau orang tak suka tak apa,
Biarlah ku mengundur diri,
Mungkin kau rasa aku tak sepadan,
Dengan dirimu..

Ku sedar diri ini,
Aku hanyalah insan biasa,
Tapi aku ada harga diri..

Walaupun terguris hati ini, 
Hingga menitis air mata,
Namun semua ya tak bererti bagimu..

Waktu orang suka semua indah..
Waktu dah tak suka oh ada ada saja..
Sukarnya nak ku temui cinta yang sejati dan bahagia..

Jikalau orang tak suka tak apa,
Tuhan masih menyayangiku,
Moga suatu hari akan tiba,
Jodoh buatku dengan insan,
Yang ikhlas cintanya..

November 5, 2016

Tersiksa

Sehingga kini aku masih sendiri..
Menempuh kedukaan ini..
Sesal tiada terperi..
Terlindung di balik gerimis..
Sepi terus menyepi..

Maafkan aku bukannya ku tak mahu..
Aku tak sanggup terluka..
Andainya ia takdir dari yang Esa..
Ku terima seadanya..

Bukannya mudah untukku melupakan..
Semua yang terjadi..
Aku bagaikan batu mainan yang kau singkirkan..
Berlindung di balik tangisan..
Sepi meratapi sepi..

Aku kan tetap menyintaimu..
Sampai tiba masa..

November 4, 2016

Maybe diam lebih baik?

Lama rasanya tak menulis..
Tak tahu apa nak tulis..
Tiada apa yang menarik dalam hidup aku untuk dikongsikan bersama..
Kalau membebel banyak-banyak kat sini pun, bukan ada siapa yang peduli..
So, lebih baik diam je..
Disamping, aku cuba untuk jaga hati semua orang..
Jaga hati supaya kata-kata aku tak mengguris hati sesiapa..
Maaf andai ada hati yang terguris luka dengan kata-kata aku..

October 21, 2016

Deserve To Be Happy

Penulisan aku di blog ni,
Nampak macam aku mengomel sendirian..
Yang membaca, hanya sekadar singgah dan membaca..
Silakan membaca..
Mungkin penulisan aku kali ini agak panjang..
Bukan aku meroyan, cuma meluahkan apa yang aku rasa..bukan untuk meminta simpati sesiapa..
Bacalah, dan hadam betul-betul..

Kalau ditanya, sakit apa yang paling sakit..
Pasti jawapannya adalah sakit nak bersalin dan sakit gigi..
Tapi jawapan aku?
Untuk waktu dan ketika ini, sakit yang paling sakit untuk aku adalah sakit hati..
Jangan melenting dahulu..baca sampai habis..

Sakit hati aku bukan sakit hati berdendam..tapi sejenis penyakit yang memang hati aku ni sakit..
Contoh?
Melihat orang yang aku sayang dari jauh, ini sakit..
Melihat orang yang aku sayang pelan-pelan pergi jauh dari aku, ini sakit..
Melihat orang yang aku sayang tapi aku tahu dia bukan milik aku lagi, ini juga sakit..
Melihat orang yang aku sayang berdiam diri tanpa sepatah kata, ini paling sakit..
Melihat orang yang aku sayang tapi aku tak mampu nak menegurnya, ini pun sakit..

Jujurnya, 
Bukan mudah untuk aku melupakan semua kenangan-kenangan manis yang pernah ada..
Sebab apa? 
Sebab hati ini jenis yang mengingat, terkenang..bukan mudah beb..
Tambah-tambah bila bersendirian, lagi laju memori tu datang memintas kat kepala..
Ingat senang?
Teramat susah..semua perlukan masa..

Ingat senang nak tahan tangan ni dari taip mesej untuk tanya khabar macam selalu?
Ingat senang nak tahan jari ni dari dial nombor untuk call macam selalu?
Ingat senang nak tahan jari ni daripada stalk sosial media orang yang aku sayang?
Ingat senang nak block fikiran ni daripada terus memikirkan orang yang pernah menggembirakan aku dulu?
Ingat senang nak delete semua kenangan yang ada dalam telefon ni?
Ingat senang ke?
Bukan mudah bagi aku sebab aku ni sejenis yang suka nak tahu..sihat ke dia? Kat mana dia ada sekarang ni? Ok tak dia? Semua ni aku nak tahu..

Selama ni, aku cuba sedaya upaya jaga hati orang yang aku sayang..
Jaga hati dia supaya tiada apa yang boleh mengguriskan hati dia..
Jaga hati supaya dia tak cemburukan aku..
Jaga hati untuk macam-macam lagi la..
Tapi hati aku siapa nak jaga?

But, I'm realize now..
Bila aku macam ni, I get nothing..
Takkan aku masih nak menunggu..sedangkan orang yang aku sayang itu tengah bahagia, sedangkan aku macam ni?
I deserve to be happy..
Yess, aku juga berhak untuk gembira..aku berhak untuk happy dengan kehidupan aku..

Bagaimana caranya?
Semuanya terletak di tangan aku..
Bahagia itu aku yang kena cari sendiri..
Kena usaha sendiri..
Takkan nak tunggu melangut je kat sini sampai bahagia tu datang bergolek sendiri?
Ya..aku akan mencari kebahagiaan itu..
Aku cuma perlu doa dari kalian..
Doakan aku berbahagia selalu..
Itu sudah cukup memadai..

Aku anggap apa yang jadi pada aku ini sebagai ujian dan dugaan kepada aku..
Supaya aku lebih mengerti tentang hidup..
Semua ini mendewasakan aku, mematangkan aku..
Terima kasih untuk pengalaman ini..
Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup ini..
Terima kasih sudi singgah blog aku ini tanpa jemu..
Terima kasih untuk segalanya..
Ampun maaf andai ada salah dan silap..

Cuma satu yang perlu kalian ingat..
Aku tidak pernah memutuskan silaturrahim antara kita..
Aku sentiasa ada disini..
Ada disini untuk meneruskan hidup..
Kita akan tetap berkawan..sampai bila-bila..

Hanya satu doaku, Semoga kalian berbahagia dengan kehidupan masing-masing..
Amin....




October 15, 2016

Penghapus dosa

Sakit itu penghapus dosa..
Terima kasih ya Allah untuk rasa sakit selama beberapa hari ini..

October 11, 2016

Nyaris

Ntah apa yang aku fikirkan harini sepanjang perjalanan balik dari kerja..
Hanya ikut kaki melangkah, tanpa toleh kiri kanan..
Nyaris aku tak dilanggar kereta..
Mujur ada seorang wanita tak dikenali yang sama-sama melintas, sempat tarik tangan aku..
Baru aku terkejut..
Fuhhhh...
Nasib baik..syukur...
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk bernafas...


October 10, 2016

Serabut

Banyak perkara bermain di minda..
Tapi langsung tak boleh nak diluahkan dengan kata-kata..
Terasa sesak di dada kerana lama terpendam..
Pendam sendirian semestinya..

Mungkin aku perlukan ketenangan..
Setenang air di laut..
Mungkin juga aku perlukan seseorang yang boleh mendengar masalah aku..
Tapi siapa? 

Seorang demi seorang pergi..
Pergi dan membiarkan aku begini..
Tiada lagi yang bisa memahami diri ini..
Sampai bila aku mesti begini?
Soalan yang belum pasti bila akan terjawab...




October 7, 2016

A year


Hmmmm :(



A year to remember

Setahun telah berlalu..
Genap..
Dulu, kaulah orang pinjamkan bahu untuk aku bersandar..
Di saat aku baru frust, kecewa, sedih..
Kau lah orang yang bagi aku kata-kata semangat..
Kau lah orang yang banyak mendorong aku untuk move on..
Kau lah orang yang sedia mendengar aku menangis..
Kau juga orang yang tak pernah jemu untuk buat aku ketawa supaya aku boleh lupa masalah aku..

Semua kenangan ni, tak mungkin aku boleh lupakan macam tu je..
Terima kasih untuk semua kenangan indah ini..
Thank you..
Thanks for everything..
Hanya satu aku minta..
Doakan aku sentiasa kuat okeh? 

Actually banyak sangat benda aku nak cakap, sempena setahun kita kenal ni..
Tapi, hanya mampu tulis di notes dan disimpan rapi begitu sahaja..
Tak mampu untuk aku post disini..
Biarkan aku pendam sendiri..
Hmmmmm...

*tulis post yang ni pun nak mengalir air mata jugak..haihh*




October 6, 2016

Greenlight sudah, tapi?

"Haritu semangat sangat..kata nak bawak mai jumpa..ni tak jadi plak?"

Ibu dah bagi greenlight..
Tapi? 
Haihhh..
Makan dalam..diam ja jawapan yang mampu bagi..
Dok tahan air mata ja ni..
:'(

I need you abah :'(

October 4, 2016

Mimpi Lagi

Mimpi sering dikaitkan dengan mainan tidur..
Tapi ada sesetengah mimpi yang membawa maksud tertentu..

Tapi semalam, mimpi dapat jumpa dengan baby..
Alangkah bahagianya rasa walaupun dalam mimpi..
Bila tersedar dari tidur, tersenyum sendiri sebab happy..
How mummy miss you baby..
Hilang sikit rindu mummy ni..
Mummy happy sangat dapat jumpa baby..
Baby pun happy dapat jumpa mummy..
Baby siap gelak-gelak, happy sangat bila mummy suapkan makanan..
Berselera sungguh baby makan..

Semoga baby sentiasa dalam keadaan sihat & ceria selalu..
Semoga menjadi anak yang soleh @ solehah ye baby..
Mummy love you so much! :)

Selamat Jalan Kawan

Sungguh tak ku sangka berita yang ku terima semalam..
Kau seorang kawan yang baik..
Berkawan sejak dari tadika lagi..
Kita selalu berada dalam kelas yang sama..
Baik sekolah kebangsaan, mahupun sekolah agama..
Kadang-kadang, kau nakal kat sekolah..biasa la kan, budak-budak hingusan lagi..
Tapi kau pandai, bijak..
Kita selalu berlumba-lumba siapa dapat nombor 1 dalam kelas kan..

Masuk sekolah menengah, kita dah tak sama sekolah..
Walaupun rumah kita dekat, tapi aku jarang sangat nampak kau kat kawasan rumah..
Kalau aku beli air kat bawah, selalu aku tanya mak kau, perihal kau..
Macam mana kehidupan kau sekarang..
Belajar kat mana, ambil course apa..

Tapi tak sangka..
Pertemuan kita semalam adalah pertemuan kita yang terakhir setelah sekian lama..
Tak sangka kau salah seorang antara yang terlibat dalam tragedi lemas tu..

Ajal menjemputmu lebih dahulu..
Semoga kau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..
Selamat jalan kawan..
Tenangla kau disana..
Al-Fatihah...

October 2, 2016

Murahnya Air Mataku

Sedang aku santai di rumah, tiba-tiba ibu bercerita tentang mimpi..
Mimpi tentang aku..
Jarang berlaku ni..
Aku pun dengar satu per satu apa yang diceritakan..
Mimpi tentang apa?
Tak lain tak bukan, jodoh..
Dengan tak semena-mena, aku jadi sebak..
Bila dah sebak, mula la mata bergenang..
Murahnya air mata aku..

Ibu menyuruh aku cepat-cepat kahwin atas sebab-sebab tertentu..
Aku hanya mampu berdiam sahaja, tanpa sepatah kata..
Dan semestinya berfikir sendirian..
Sambil iron baju, sambil nangis seorang diri mengenang nasib..
Murahnya air mata aku..

Aku perlukan tempat bercerita, semestinya orang itu adalah kau..
Tapi apakan daya, kau hanya berlalu pergi meninggalkan aku..
Membiarkan aku begini..
Membiarkan aku menangis sendiri..
Kalau dulu, kau yang selalu mendengar aku menangis dan tak jemu memberikan kata-kata semangat..
Tapi sekarang tidak lagi..
Kau hanya berdiam diri dan menjauhkan diri dari aku..
Mungkin kau suka melihat aku begini..
Dan semakin laju air mata aku mengalir..
Murahnya air mata aku..

Rumah aku menerima tetamu..
Bila ada tetamu yang datang, aku sehabis baik berdoa agar mereka takkan membuka cerita tentang jodohku..
Tapi mulut orang kan, mana boleh kita tutup..
"Bila nak kahwin ni?"
Nahhh soalan..soalan yang aku tak mampu nak berikan jawapan..
Jawapan aku hanyalah tanpa sepatah kata..
Bergenang lagi air mata aku..
Automatik..
Bergenang sambil aku mengawal supaya air mata tak jatuh ke pipi..
Orang ramai kan..
Control dan berjaya..
Tapi gagal bila aku masuk ke dalam bilik..
Air mata tetap akan jatuh..
Murahnya air mata aku..

Apakah petanda mimpi ibu?
Menjadi seribu satu persoalan..
Aku cuba google tentang maksud mimpi itu..
Percaya tidak, tak percaya pun tidak..
Tunggu sahaja..
Dan...
Murahnya air mata aku..
:'(

September 29, 2016

Terima Kasih

Terima kasih..
Terima kasih sebab benarkan saya tengok gambar awak..
Saya anggap, awak memang sengaja nak bagi saya tengok gambar tu..
Bukan istilah tertekan atau tak sengaja..
Atleast, terubat sikit rasa rindu di hati ni..

Lama saya tenung gambar tu..
Lama..
Tanpa saya sedar, ada sesuatu yang keluar dari mata saya dan terus mengalir di pipi..
Ntah kenapa..saya rasa awak begitu dekat dengan saya..
Saya rasa sebak..
Sungguh saya rindukan awak..
Saya bukan main-main atau tipu diri sendiri..
Memang betul saya rindu awak..
Rindu awak 200%..
Rasa rindu yang tak mampu lagi saya ungkap dengan kata-kata..
Hanya Allah sahaja yang tahu..

Untuk awak, semoga berjaya di sana..
Do your best, buat sehabis baik yang boleh..
Saya tahu awak mesti boleh hadapi setiap cabaran yang ada..
You can do it..
Goodluck! 
Doa saya sentiasa mengiringi awak..
Jangan lupa usaha, doa dan tawakal..
InsyaAllah pasti awak akan berjaya..

Ya Allah,
Kau berikanlah kekuatan fizikal, kecekalan mental dan kesabaran hati untuk si dia dalam menempuh ujian dan cabaran ini..
Kau permudahkanlah segala urusan dia Ya Allah..
Kau berikanlah ganjaran atas usaha yang telah dia lakukan Ya Allah..
Semoga dia memperoleh kejayaan di dunia dan juga akhirat Ya Allah..
Amin Ya Rabbal A'lamin..

Sekali lagi, terima kasih awak..
Terima kasih..

September 27, 2016

Untukmu

Aku tahu,
Mungkin ada di antara pembaca blog ni yang fikir aku meroyan sorang-sorang menulis ntah apa-apa kat blog ni..
Terpulang untuk anda fikir apa..
Yang pasti, ini cara aku..
Tulisan aku ni, aku tuju khas buat dia..
Bukan orang lain..
Dan orang itu adalah awak..
Awak sahaja yang tahu siapa yang saya maksudkan..

Saya menulis disini, dengan harapan awak akan baca blog saya ni..
Sebab, ini satu-satunya cara untuk saya berhubung dengan awak..
Saya tiada tempat lain untuk mengadu selain Allah..
Saya hanya ada awak..
Saya tak boleh nak berkongsi masalah ni dengan orang lain..
Itu bukan cara saya..
Tapi saya lebih selesa dengan awak..
Sebab hanya kita sahaja yang faham situasi kita sekarang..
Awak yang paling memahami saya..

Awak, saya rindu awak..
Selalu je saya mimpi awak..
Awak tak rindu saya ke? :(
Awak sihat ke? Lama saya tak dengar khabar awak..
Saya harap awak baik-baik saja..
Walau dimana awak berada, apa yang awak buat, doa saya sentiasa mengiringi awak..

Seriously..
Kenapa dugaan ni besar sangat awak? 
Saya tak kuat...saya cuba, bukan saya tak cuba..tapi...
Susah..saya tak kuat...
I need you :'(



September 26, 2016

Nombor

Dah sebulan lebih saya perasan..
Sebab hari-hari saya akan buka whatsapp nombor awak..
Tapi kosong..
Gambar profile takda, last seen takda, status pun takda..
Maksudnya?
Kenapa awak tak sudi dah nak save nombor saya?
Kenapa taknak bagi saya tengok whatsapp awak?
Kenapa nak jauhkan diri dari saya?
Atau awak dah blocked nombor saya supaya saya tak boleh nak send chat kat awak? :'(
Awak tahu tak saya terseksa macam ni?
Awak tak kesian ke buat saya macam ni?
Sedihnya.......
:'( 

September 25, 2016

Ubat

Dulu, ada juga orang yang akan ingatkan aku untuk makan ubat setiap pagi..
Bebelkan aku bila aku terlupa makan ubat..
Tapi sekarang, tiada lagi..
Tiada lagi yang peduli..
Terpaksa la aku disiplinkan diri sendiri.
Untuk kesihatan diri sendiri..
Tapi kadang-kadang terbabas juga..
Pasti ada hari yang aku akan lupa makan ubat..

Ya aku tahu aku tak sempurna..
Memiliki penyakit ini..
Bukan semua yg boleh faham penyakit aku ini..
Hanya orang tertentu sahaja..
Awak antaranya..
Tapi apakan daya ku..
Mungkin sebab ini juga awak pergi..
:'(
Kenapa awak berhenti ingatkan saya untuk makan ubat?
Saya rindu.......
:'(

September 23, 2016

Mimpi

Terngiang-ngiang suara kamu dalam mimpiku..
Aku terlalu rindukan kamu..
Sehingga terbawa-bawa dalam mimpi..
Harap apa yang kamu katakan dalam mimpi tu akan menjadi kenyataan..
InsyaAllah suatu hari nanti..
Amin...
:'(

September 21, 2016

Happy Birthday

21 September

Happy Birthday baby...
Semoga baby menjadi anak yang soleh..
Semoga baby sentiasa comel & cute..dah besar nanti mesti handsome ni..jadi rebutan gadis-gadis..
Semoga baby happy dan ceria selalu..
Semoga baby menjadi anak yang bijak dan pandai..dah besar nanti boleh berbakti dengan orang tua..
Dan yang paling penting...
Semoga baby sihat sentiasa..jangan selalu sakit-sakit ya..Nanti mummy risau..
Baby kena kuat taw..jangan lemah-lemah..mummy sentiasa doakan baby..

Maaf mummy tak dapat nak bagi hadiah..
Teringin nak bagi tapi situasi dan keadaan yang tidak mengizinkan..
Maafkan mummy..
Nanti kalau ada kesempatan, mummy bawak baby pegi jalan-jalan ya..supaya baby happy & senyum ja..

Mummy sentiasa doakan kesejahteraan baby..
Mummy tak pernah lupakan baby..
Walaupun baby masih kecil, baby doakan mummy juga ya..supaya mummy juga sentiasa kuat macam baby..
Kita sama-sama kuat okay..
I love you baby.. :)


September 20, 2016

Jodoh

Dalam sebulan dua ni, ramai kenalan yang dah menamatkan zaman bujang..
Masing-masing dah bertemu jodoh masing-masing..
Bertukar status suami orang & isteri orang..
Aku tumpang gembira..
Semoga kalian semua berbahagia hingga ke syurga..

Yang paling terbaru, 2 sahabat rapatku yang sama belajar di uum, pun dah berkahwin..
Seorang di kuala berang, seorang di sungai siput..nasib baik tarikh tak betul-betul bertindih..
Tapi jarak masa yang sangat dekat..
Aku cuba sedaya upaya untuk hadir kedua-dua majlis..
Alhamdulillah, dipermudahkan..walaupun perancangan awal lain, lain yang jadi..
Ke terengganu, bertemankan sorang lagi kawan baik kami..
Ke perak, lone ranger..apa ada hal..

Sejujurnya, hati aku rasa sebak bila kawan-kawan dah bertukar status ni..
Sebak gembira, sebak sedih..
Gembira sebab kawan sendiri gembira..takkan nak tengok kawan sedih je kan..
Tapi part yang tak best, aku sebak sedih..

Sepanjang perjalanan pergi dan balik ke dua-dua majlis tu, otakku tak terlepas memikirkan nasib diri sendiri..
Bergenang air mata sendirian..
Sedangkan kawan-kawan aku semua sedang mengecapi nikmat bahagia, tapi aku?
Masih terkontang-kanting sendirian..
Ya aku tahu, mesti akan ada yang cakap "takpa, jangan risau, nanti ada la jodoh tu"
Antara kata-kata penyedap hati..
Tapi aku juga manusia biasa..
Lumrah manusia ingin bina hidup berkeluarga bersama insan tersayang..
Sama seperti orang lain..

Orang-orang sekeliling pasti akan bertanya. 
"Hang bila lagi?"
"Takda boyfriend ke?"
"Boyfriend yang dulu tu mana?"
Bila aku terdengar soalan macam ni dan yang seangkatan dengannya, entah kenapa senang betul air mata ni mengalir..
Sebak..
Apa aku nak jawab?
Aku tak mampu menjawab..
Hanya mampu diam seribu bahasa dan berlalu pergi..

Seringkali terfikir mengapa nasib aku begini..
Macam-macam yang bermain di fikiran..
Itu ini itu ini..
Kenapa aku diuji begini?
Kenapa jodoh orang lain begitu mudah?
Kenapa jodoh aku sukar dan berliku-liku?
Apa hikmah yang akan aku dapat atas semua ini?
Dan bermacam-macam lagi persoalan yang bermain di fikiran..
Bila aku keseorangan, pasti aku akan terfikir semua ini..
Dan pasti aku akan menangis..

Ada juga yang cuba nak recommend aku dengan kenalan mereka..
Aku cuma endahkan sahaja..
Berat untuk menerima..
Sangat berat..
Pintu hati aku belum terbuka mungkin..
Ada juga yang suruh aku berusaha..
Usaha yang macam mana aku boleh buat?
Jawapan aku ialah tiada..
Kerana hati aku ada pada orang lain..
Mana mungkin aku boleh berusaha tanpa hatiku pada jasad sendiri..

Jaga diri, jaga hati..
Aku tetap disini mengingatimu..
Tak pernah sesaat aku melupakanmu..
Selagi kau cuba menjauh, selagi itu aku rasakan kau semakin dekat dengan diriku..
Doakan aku kuat untuk menghadapi ujian ini..
Amin..




September 16, 2016

Sepatutnya

Tak semua yang kita rancang, akan menjadi..
Hari ini, 16/9/2016.
Rancanganku gagal..
Sedih.
Musnah.
Hancur.
Redha.
Pengorbanan.
Ada hikmah mungkin.
Sabarlah..Kuatlah..
Oh air mata..
:'(




September 13, 2016

Korban

Belum terlambat rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam..

Seperti yang sedia maklum, sambutan hari raya Aidiladha ini cukup sinonim dengan erti pengorbanan..

Apakah pengorbanan yang telah aku lakukan? 
Alhamdulillah, tahun ini rezeki untuk menunaikan ibadah korban seekor lembu bersama dengan ahli keluarga yang lain..
InsyaAllah kalau ada rezeki lebih tahun-tahun hadapan, boleh buat lagi..

Pengorbanan aku dari sudut yang lain?
Yang paling besar aku rasakan, aku telah korbankan hati dan perasaanku..
Ya.
Pengorbanan yang sangat perit untuk aku lakukan..
Aku tahu ini ujian untukku..
Mungkin ini juga pengorbanan yang aku perlu lakukan supaya orang lain lebih gembira..
Pengobanan supaya aku menjadi lebih kuat..
Pengorbanan supaya aku lebih mengenali diri sendiri..
Aku hanya berharap, hikmah yang besar akan datang padaku, atas pengorbanan yang telah aku lakukan..
Semoga kalian semua berbahagia..
Tanpa aku disisi..

September 5, 2016

Sepi

Sedang orang lain asyik menikmati bahagia,
Aku disini masih terkontang-kanting,
Seperti bunyi pasir dipantai,
Sepi.
Aku sepi.
Hanya ombak yang bersiul menyanyi,
Bising.

Pasti ada yang sedang bersorak gembira,
Melihat aku sendiri begini,
Ketawa sampai lelah,
Ketawa berdekah-dekah,
Biarkan.
Yang sakit itu aku,
Bukan mereka.

Silakan ketawa,
Jangan suatu hari kau tersungkur,
Menyesali ketawa itu.
Jangan sampai gelas itu pecah,
Pasti susah untuk cantum kembali.

Sabar.
Kuat.
Tenang.
Aku sedang cuba.
Sedang.
Tapi, mana mungkin seratus peratus.
Hati aku telah kau simpan.
Hati aku telah kau curi.

Air mata,
Seakan menjadi teman sejatiku.
Sabar,
Aku sabar.
Biar Tuhan yang beritahu,
Biar Tuhan yang tunjuk kebenarannya,
Tugas kau hanya menunggu,
Dan menilai.

Jika ujian ini sebahagian dari cara untuk aku meraih pahala, aku redha...

Sabar itu indah..
Tunggu..








August 31, 2016

Sayangku.....

Sayangku, usah kau pergi dari hidupku..
Jiwaku, menjadi satu dalam jiwamu..
Hatiku, terlalu sayang pada dirimu..
Ku rela segala walau ditaruh nyawa..

Sayangnya padamu, rindumu selalu..
Engkau kekasihku, aku kekasihmu..
Rindu senyumanmu, rindu suaramu..
Itulah cintaku padamu sayangku..

Aku bersumpah setia walau apa rintangan yang mendatang..
Akan ku juang demimu sayang..
Akan ku korban segala-gala demimu sayang..
Hingga ke hujungnya nyawa aku korbankan..

:'(



Mohon Ingat Aku Selalu

Andai kita temu saat itu,
Semua raga akan menjadi milikmu,
Rangka lihatlah pada disisi kegelapan,
Yang dihujung tersimpan ikhlas..

Maafkanlah aku bila tidak sempurna,
Menyayangimu..

Bergenang mata membacakan,
Semua kisah yang telah engkau lalui,
Tiada apapun yang dapat menandingi dirimu,
Kekasih hati selamanya..

Maafkanlah aku bila tidak sempurna,
Menyayangimu...
Mohon jangan lupa ingat aku selalu,
Dalam lenaMu,
Selamanya....

August 26, 2016

Hikmah Sabar

Apa jenis gurauan, perlu ada batasnya..
Fikir dahulu kedudukan diri di mana..

Kini aku lebih mengerti..
Aku perlu sabar lagi..
Kerana mungkin ini hikmahnya aku bersabar hingga hari ini..

Biar kau yang dapat tahu sendiri..
Biar kau yang menilai sendiri...
Aku kan tetap disini..
Menanti dirimu...
InsyaAllah...

August 24, 2016

4.53

Terjaga dari tidur..
4.53 pagi..
Tidurku tak pernah lena,
Mengenangkanmu..
Rindu...
Sungguh aku rindu...
:'(

August 23, 2016

Sebulan

Genap sebulan..
Terasa lama tidak mendengar suaramu..
Kali terakhir adalah pada tarikh hari ini..

Sungguh aku rindu..
Aku rindu senda guraumu..
Aku rindu gelak tawamu..
Aku rindu usik manjamu..
Aku rindu semua tentang dirimu..
Sangat... 
Tersangat...
Don't you miss me too? :'(



August 22, 2016

Bintang

Terlihat dari kejauhan,
Titik putih di langit,
Berkilauan cahaya,
Bertebaran disana,
Menghiasi angkasa..

Di antara berjuta-juta bintang,
Hanya satu bintang yang paling terang,
Di antara berjuta-juta orang,
Hanya kamu yang paling aku sayang..

Di antara berjuta-juta bintang,
Hanya satu bintang yang paling terang,
Si antara berjuta-juta orang,
Di hatiku tetap dirimu sayang..

Bintang...
Bintang biru dan merah jambu..
Sengaja aku kombinasikan dua warna itu..
Kerana aku tahu,
Biru kegemaranmu..
Merah jambu pula kesukaanku..

Dan yang perlu kamu tahu,
Hanya kamu bintang dihatiku..

August 20, 2016

Online

I have nobody to chat with on whatsapp..
Kalau ada pun, boleh kira berapa kali je bunyi phone ni..
Itu pun whatsapp group..
But i'm always open my whatsapp..
Then you will see me 'online' all the time..
Why?
Because i open the chat with the name of you on it..
Never delete it..
Because the only thing i can do when i miss you is to read back all the conversations with you..
Seriously..I miss you alot..
Sungguh aku rindu.. :'(
Awak tak rindu saya ke? :(

August 19, 2016

..........

Abah...
I need you abah...
:'(

August 18, 2016

Tidak menyerah

"Jangan sampai kamu menyerah disaat selangkah lagi Tuhan ingin menggantikan kesakitanmu dengan sejuta keindahan"

Aku tidak akan pernah berputus asa..
Hanya doa senjataku..
InsyaAllah amin...

August 16, 2016

Hanya Padamu

Hanya padamu,
Ku serahkan segalanya,
Kau bertakhta di nurani,
Anggun cintamu abadi..

Hanya padamu,
Pertama dan yang terakhir,
Pohon cinta pun merendang,
Disirami kasih suci..

Jiwaku dipalu,
Gemersik tak terkira,
Hampir ku terlena,
Dalam belaianmu,
Cintamu selembut sutera, menjadi saksi kasihku,
Tiada dua hanyalah satu kau yang ku cintai..

Sekelumit cinta sekurun kerinduan,
Ku rempuhi ranjau duka,
Membara sehangat api, 
Terhapus sepi dihatiku..

Seulas bibirmu kelu tidak berkata,
Namun ada sesuatu, 
Nurbisa dari matamu,
Terpancar cinta yang sejati..

Awan yang berarak, 
Saujana membiru,
Cerahlah wajahmu,
Di rimba senduku,
Menjadi hamparan cinta suci...


Lagu Hanya Padamu..
Lagu ini yang terngiang-ngiang di telingaku..
Saat aku mendengar balik recording lagu ini,
Hatiku jadi sebak, mata mula bergenang..
Bait-bait lagu yang cukup menyentuh hati..
Tambahan pula kau yang nyanyi..
Perasaanku bercampur baur..
Lagu kenangan bagiku..
Membawa 1001 makna dalam diriku..
Kau juga mengerti bukan?

August 14, 2016

Cantik

Dialog hari ini..

A : Tadi kat kenduri kita pi tadi ada orang kata orang ni cantik..
B : Sapa yang kata tu?
A : Cik Aisyah blok 68 tu..Dia la tegur tadi masa amik lauk..
B : Ya ka cantik? Tengok biasa ja..tak cantik tera mana pun..
A : *hanya diamkan diri*
B : Cantik pun tapi orang takmaw nak buat apa..
A : *ok fine* 

Terdiam..
Berfikir..
Dan..
Hmmmmmmmmm

Syukur Alhamdulillah bila ada orang lain puji sebegitu rupa..
Tapi aku tetap sedar diri yang aku memang tidak cantik jika nak dibandingkan dengan orang lain..
Tapi aku sangat bersyukur, kerana kecantikanku ini semulajadi..
Tidak perlu aku nak berhabis duit semata-mata untuk kecantikan..
Tidak perlu untuk aku makan apa-apa supplement, suntik kollagen or vitamin bagai..
Syukur..
Biarlah muka tak cantik,
Tapi hati baik..
Bukan memuji diri,
Tapi sekadar peringatan untuk diri sendiri..



August 12, 2016

Selamat Hari Lahir Mak

12 Ogos..

Walaupun kita tak pernah berjumpa, tapi saya tetap sayangkan mak, macam mak saya sendiri..
Melalui cerita dari anak mak, membuatkan saya terbayang mak akan menjadi mak saya suatu hari nanti..
Perwatakan mak saling tak tumpah macam ibu saya..

Selamat Hari Lahir Mak...
Semoga mak diberikan kesihatan yang baik..
Semoga mak dimurahkan rezeki selalu..
Semoga mak sentiasa berada dibawah lindungan Allah..
Semoga mak gembira selalu...
Semoga mak sentiasa gojess...
Dan semua yang baik-baik sahaja untuk mak..
Amin....

Minta maaf ye mak, saya tak dapat nak pergi celebrate dan bagi hadiah untuk mak..
Tapi mak jangan risau ye..
Saya bagi hadiah yang sangat berharga iaitu doa untuk mak..dari jauh..
:)



August 10, 2016

Rindu Abah

Saat aku diuji begini,
Tiada orang lain yang aku fikirkan untuk meluahkan isi yang terpendam melainkan awak dan abah..
Hanya mereka..

Abah...
Orang rindu sangat...
Kenapa abah tak ada dekat sini sekarang?
Orang ada masalah ni..
Takda sapa boleh faham melainkan abah dan awak..
Kalau abah ada kan best..
Boleh la orang bercerita kat abah..
Boleh orang nangis-nangis kat abah..
Mesti abah boleh tenangkan orang..
Mesti abah boleh bagi kekuatan dekat orang...
Mesti nanti abah bawak orang pergi jalan-jalan untuk orang lupakan masalah ni..

Tapi abah.....
Apakan daya..
Itu semua hanya 'kalau'..
Hakikatnya abah tak ada disisi orang...
Abah jauh sangat dari orang...
Orang kena tanggung semua ni sendiri..
Orang kena nangis sorang-sorang..
Orang kena pendam masalah ni sorang-sorang..
Tak ada siapa yang boleh faham...
Apa salah orang sampai diuji seberat ini abah? :'(
Orang rindu abah sangat-sangat..
Orang nak abah................................... :'(

Betul orang kata,
Perempuan yang banyak cakap, hakikatnya dia suka menangis dalam diam..
Itulah Hanim...

Al-Fatihah untuk abah..
Sayang abah...
Sayang awak...
Jaga diri, jaga mata, jaga hati..plisss :'(




August 8, 2016

Rindu...

Rindu...
Sakit yang perlu aku tanggung sekarang..
Sungguh aku rindukan kau..
Setiap masa, hari, jam, minit, saat dan detik..
Hanya nama dan wajah kau yang berlegar-legar di minda ku...
Sering tertanya-tanya apa yang kau sedang buat di sana...sihat ke, dah makan ke, kerja ok ke..
Sungguh aku rindu... :'(

Tidurku tak pernah lena..
Sering terjaga, mengenangkan mu...
Sungguh aku rindu.. :'(

Tapi, aku tak mampu nak berbuat apa-apa..
Yang aku mampu, hanya titipkan rindu ini bersama dengan doa-doa ku...
Agar kau baik-baik saja di sana...
Tuhan, jagakan dia untukku...
Aku takkan pernah melupakanmu..
Aku sentiasa ada disini untuk mu...
Kenang daku dalam doamu...
:'(

Deleted post

Post yang lama, banyak dah di delete..
Sebab?
Tidak sesekali dan bukan untuk melupakan kenangan..
Biar kenangan itu sentiasa ada dalam hati & memori sendiri..
Cuma, taknak rasa bersalah tu ada dalam diri awak...
Cuba untuk menjaga hati semua..
Maafkan saya, insan yang kerdil dan hina ini.. :'(



June 5, 2016

Ahlan Wasahlan Ramadhan

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan lagi untuk kita bertemu..
Syukur..
Tapi situasi diriku yang berbeza pada tahun ini..
Semoga aku sentiasa diberikan nikmat kesabaran yang tinggi..
InsyaAllah, aku akan cuba bersabar..
Kerana aku tahu sabar itu indah :)

May 24, 2016

Sensitif

Sensitif..
Cukup sinonim dengan diriku..
Sejak bila? 
Sejak arwah abah tiada..

Memang susah untuk aku buang sifat ini..
Bukan tidak cuba, aku sudah cuba sebaik yang mungkin..
Tapi perasaan ini tetap menguasai diri..
Aku cukup sensitif walau hal tidak sebesar mana..
Apa yang aku boleh buat?
Hanya boleh memendam saja rasa ini..
Sendiri..
Ya, mungkin sebab ini aku sakit..

Tapi apa lagi yang aku mampu buat? 
Tiada apa..


April 26, 2016

Masing-Masing

Setiap orang, masing-masing,
Lain ragam, lain caranya..

Setiap orang, masing-masing,
Lain rezeki, lain ujiannya..

Masing-masing punya habuan masing-masing..
Lain rasa bahagianya, lain juga rasa dukanya..
Itu bahagian masing-masing..

Tak perlu iri atau dengki,
Cukup hanya menadah tangan dan ucaplah syukur..
Percaturan Allah itu sangat indah..
Allah tahu yang mana terbaik untuk hambaNya..
Syukur, Alhamdulillah...


April 25, 2016

Dua Tujuh

25 April...
Alhamdulillah...
Masih bernafas hingga ke hari ini..
Sudah genap usiaku dua tujuh..
Ya masih bujang..
Jangan ditanya soal jodoh padaku,
Tapi berdoalah agar cepat aku duduk bersanding bersama jodohku..
Semoga di usia ku ini, hanya yang baik-baik saja berlaku..
Semoga aku dapat menempuhi segala ujian dan dugaan dengan hati yang kuat dan tabah....
Kerana aku tahu ujian ini yang akan mendewasakan aku..

Aminnnn :)

April 18, 2016

Review : Lexis Suites Penang



Assalamualaikum..

16/4/2016, aku dan officemates buat trip ke Penang..trip ni bertujuan semata-mata nak rasa pengalaman duduk kat Lexis Suites Penang ye..semata-mata..sebab hotel ni kan baru siap..pastu high standard pulak kan..kebetulan Lexis pun tengah buat soft opening, so diorang offer harga murah sekarang..kalau lepas ni, confirm harga biasa mencecah ribuan ringgit..kebetulan haritu officemates ternampak offer kat Groupon, apa lagi, peluang jangan dilepaskan..dengan pantas terus je beli..lebih mudah kalau beli kat Groupon ni..

Dekat Lexis Penang ni, ada 2 jenis bilik sahaja iaitu Executive Pool Suites & Premium Pool Suites..Kami pilih Premium Pool Suites, harga promo kat Groupon RM5++, 2 days 1 night & includes breakfast for two person...memandangkan kami semua 4 orang, so kami kena tambah lagi breakfast untuk 2 orang..kalau yang jenis Executive Pool Suites, harga promo RM4++..beza sikit je sebenarnya..alang-alang tu, kami beli je yang jenis Premium tu..lagipun kami share duit 4 orang..so takda la banyak sangat kena keluarkan duit..

Lampu ni tersergam indah dekat lobby hotel..cantik...


Here we go..2 katil queen dalam setiap bilik..rasa macam nak bawak balik je bantal kecik comel tu..





yang pintu depan sekali tu, ada bathtub and shower..
belah kanan ada 2 cermin besar & 2 sinki..so takda istilah berebut cermin kalau nak make up atau belit-belit shawl..
dalam almari yang kanan sekali ni, dah tersedia iron..so tak payah dah nak call room service mintak diorang hantarkan iron dalam bilik.


swimming pool inside the room..tak la besar mana pun..tapi boleh la nak berendam untuk relaks minda..
kat tepi belah kanan ni ada 1 bilik sauna..kecik je..boleh la muat dalam 3 orang..


view from 25th floor..


yang canggih dalam bilik ni, boleh order room dining pakai tv je..tak payah susah-susah nak call & order..harga pun biasa la..ada yang mahal, ada yang murah..standard harga hotel..


bangunan Lexis pada waktu malam..penuh dengan cahaya lampu warna-warni..


pemandangan waktu malam..memang bangunan hotel ni tinggi..siapa yang gayat tu, mohon duduk diam-diam dalam bilik je.. ;p



My comments about this hotel :

  1. Lambat dapat bilik walaupun kami sampai nak check in dalam pukul 4.15 macam tu..sejam lepastu baru dapat masuk bilik.
  2. Aircond dalam bilik tak berfungsi dengan baik..tak rasa sejuk pun..nasib baik ada kipas..tapi tu pun tak berapa nak membantu..malam tu tidur rasa panas je.
  3. Parking tersangatlah mencabar..ruang nak corner memang sempit dan tinggi..so, kena extra careful masa nak naik ke parking atas..kat bawah ada parking tapi taktaw la kenapa pak guard suruh naik parking kat atas jugak.
  4. Saluran air dalam bilik shower  tersumbat..sampai air melimpah keluar bilik..
  5. Channel tv pun tak banyak..frust jugak malam tu tak boleh nak tengok drama Che Ta berlakon kat astro ria.
  6. Mineral water yang disediakan tak sedap..rasa payau..Tapi ada 4 air tin & 1 coklat sneakers yang complimentary tersedia dalam fridge..bahagia rasanya. ;)



Untuk maklumat lanjut, boleh terus pergi ke official wesite Lexis ya :


Thank you for reading! :)


April 13, 2016

Jangan main-main

Tersangat penat, letih dengan orang yang main-main..
Supaya kali ini dijauhkan dari orang-orang jenis macam ni..
Semoga dipermudahkan semuanya..

April 6, 2016

April datang lagi

April, 
Setiap tahun aku akan menunggu bulan ini..
Bulan kelahiranku..
Setiap tahun aku pasti akan menunggu keajaiban yang akan berlaku, 
Tapi seperti biasa,hampa..

Tahun ni, meningkat lagi umur..
Masih sendiri..
Masih menyambut sebagai orang bujang..
Dah bosan dengan soalan "bila nak kahwin"

Azam birthday tahun ni? 
Tak mengharapkan apa-apa yang akan berlaku..
Buat seperti bulan-bulan lain..
Dan,
Nak lupakan semuaaaa kenangan birthday tahun lepas..
Sakit..


February 13, 2016

Duhai Hati

Saat hati tidak setenteram selalu, 
Terasa ingin sangat menulis disini..
Hanya sini tempat ku luahkan isi hatiku..
Tapi apakan daya, mata & otak tersangat letih dan penat..

Kenapa selepas menangis, mata kita akan rasa letih & mengantuk?
Sebab Allah suruh kita rehat dari terluka, kesedihan & terlalu memikirkan..
Hanya ini yg mampu aku lakukan...
Menangis...
:'(

January 22, 2016

Sabar

Sabar...
Hanya mampu bersabar...
Dan terus bersabar...
Terus bersabar...
:'(