September 20, 2016

Jodoh

Dalam sebulan dua ni, ramai kenalan yang dah menamatkan zaman bujang..
Masing-masing dah bertemu jodoh masing-masing..
Bertukar status suami orang & isteri orang..
Aku tumpang gembira..
Semoga kalian semua berbahagia hingga ke syurga..

Yang paling terbaru, 2 sahabat rapatku yang sama belajar di uum, pun dah berkahwin..
Seorang di kuala berang, seorang di sungai siput..nasib baik tarikh tak betul-betul bertindih..
Tapi jarak masa yang sangat dekat..
Aku cuba sedaya upaya untuk hadir kedua-dua majlis..
Alhamdulillah, dipermudahkan..walaupun perancangan awal lain, lain yang jadi..
Ke terengganu, bertemankan sorang lagi kawan baik kami..
Ke perak, lone ranger..apa ada hal..

Sejujurnya, hati aku rasa sebak bila kawan-kawan dah bertukar status ni..
Sebak gembira, sebak sedih..
Gembira sebab kawan sendiri gembira..takkan nak tengok kawan sedih je kan..
Tapi part yang tak best, aku sebak sedih..

Sepanjang perjalanan pergi dan balik ke dua-dua majlis tu, otakku tak terlepas memikirkan nasib diri sendiri..
Bergenang air mata sendirian..
Sedangkan kawan-kawan aku semua sedang mengecapi nikmat bahagia, tapi aku?
Masih terkontang-kanting sendirian..
Ya aku tahu, mesti akan ada yang cakap "takpa, jangan risau, nanti ada la jodoh tu"
Antara kata-kata penyedap hati..
Tapi aku juga manusia biasa..
Lumrah manusia ingin bina hidup berkeluarga bersama insan tersayang..
Sama seperti orang lain..

Orang-orang sekeliling pasti akan bertanya. 
"Hang bila lagi?"
"Takda boyfriend ke?"
"Boyfriend yang dulu tu mana?"
Bila aku terdengar soalan macam ni dan yang seangkatan dengannya, entah kenapa senang betul air mata ni mengalir..
Sebak..
Apa aku nak jawab?
Aku tak mampu menjawab..
Hanya mampu diam seribu bahasa dan berlalu pergi..

Seringkali terfikir mengapa nasib aku begini..
Macam-macam yang bermain di fikiran..
Itu ini itu ini..
Kenapa aku diuji begini?
Kenapa jodoh orang lain begitu mudah?
Kenapa jodoh aku sukar dan berliku-liku?
Apa hikmah yang akan aku dapat atas semua ini?
Dan bermacam-macam lagi persoalan yang bermain di fikiran..
Bila aku keseorangan, pasti aku akan terfikir semua ini..
Dan pasti aku akan menangis..

Ada juga yang cuba nak recommend aku dengan kenalan mereka..
Aku cuma endahkan sahaja..
Berat untuk menerima..
Sangat berat..
Pintu hati aku belum terbuka mungkin..
Ada juga yang suruh aku berusaha..
Usaha yang macam mana aku boleh buat?
Jawapan aku ialah tiada..
Kerana hati aku ada pada orang lain..
Mana mungkin aku boleh berusaha tanpa hatiku pada jasad sendiri..

Jaga diri, jaga hati..
Aku tetap disini mengingatimu..
Tak pernah sesaat aku melupakanmu..
Selagi kau cuba menjauh, selagi itu aku rasakan kau semakin dekat dengan diriku..
Doakan aku kuat untuk menghadapi ujian ini..
Amin..




No comments :

Post a Comment