September 13, 2016

Korban

Belum terlambat rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam..

Seperti yang sedia maklum, sambutan hari raya Aidiladha ini cukup sinonim dengan erti pengorbanan..

Apakah pengorbanan yang telah aku lakukan? 
Alhamdulillah, tahun ini rezeki untuk menunaikan ibadah korban seekor lembu bersama dengan ahli keluarga yang lain..
InsyaAllah kalau ada rezeki lebih tahun-tahun hadapan, boleh buat lagi..

Pengorbanan aku dari sudut yang lain?
Yang paling besar aku rasakan, aku telah korbankan hati dan perasaanku..
Ya.
Pengorbanan yang sangat perit untuk aku lakukan..
Aku tahu ini ujian untukku..
Mungkin ini juga pengorbanan yang aku perlu lakukan supaya orang lain lebih gembira..
Pengobanan supaya aku menjadi lebih kuat..
Pengorbanan supaya aku lebih mengenali diri sendiri..
Aku hanya berharap, hikmah yang besar akan datang padaku, atas pengorbanan yang telah aku lakukan..
Semoga kalian semua berbahagia..
Tanpa aku disisi..

No comments :

Post a Comment