September 5, 2016

Sepi

Sedang orang lain asyik menikmati bahagia,
Aku disini masih terkontang-kanting,
Seperti bunyi pasir dipantai,
Sepi.
Aku sepi.
Hanya ombak yang bersiul menyanyi,
Bising.

Pasti ada yang sedang bersorak gembira,
Melihat aku sendiri begini,
Ketawa sampai lelah,
Ketawa berdekah-dekah,
Biarkan.
Yang sakit itu aku,
Bukan mereka.

Silakan ketawa,
Jangan suatu hari kau tersungkur,
Menyesali ketawa itu.
Jangan sampai gelas itu pecah,
Pasti susah untuk cantum kembali.

Sabar.
Kuat.
Tenang.
Aku sedang cuba.
Sedang.
Tapi, mana mungkin seratus peratus.
Hati aku telah kau simpan.
Hati aku telah kau curi.

Air mata,
Seakan menjadi teman sejatiku.
Sabar,
Aku sabar.
Biar Tuhan yang beritahu,
Biar Tuhan yang tunjuk kebenarannya,
Tugas kau hanya menunggu,
Dan menilai.

Jika ujian ini sebahagian dari cara untuk aku meraih pahala, aku redha...

Sabar itu indah..
Tunggu..








No comments :

Post a Comment