September 29, 2016

Terima Kasih

Terima kasih..
Terima kasih sebab benarkan saya tengok gambar awak..
Saya anggap, awak memang sengaja nak bagi saya tengok gambar tu..
Bukan istilah tertekan atau tak sengaja..
Atleast, terubat sikit rasa rindu di hati ni..

Lama saya tenung gambar tu..
Lama..
Tanpa saya sedar, ada sesuatu yang keluar dari mata saya dan terus mengalir di pipi..
Ntah kenapa..saya rasa awak begitu dekat dengan saya..
Saya rasa sebak..
Sungguh saya rindukan awak..
Saya bukan main-main atau tipu diri sendiri..
Memang betul saya rindu awak..
Rindu awak 200%..
Rasa rindu yang tak mampu lagi saya ungkap dengan kata-kata..
Hanya Allah sahaja yang tahu..

Untuk awak, semoga berjaya di sana..
Do your best, buat sehabis baik yang boleh..
Saya tahu awak mesti boleh hadapi setiap cabaran yang ada..
You can do it..
Goodluck! 
Doa saya sentiasa mengiringi awak..
Jangan lupa usaha, doa dan tawakal..
InsyaAllah pasti awak akan berjaya..

Ya Allah,
Kau berikanlah kekuatan fizikal, kecekalan mental dan kesabaran hati untuk si dia dalam menempuh ujian dan cabaran ini..
Kau permudahkanlah segala urusan dia Ya Allah..
Kau berikanlah ganjaran atas usaha yang telah dia lakukan Ya Allah..
Semoga dia memperoleh kejayaan di dunia dan juga akhirat Ya Allah..
Amin Ya Rabbal A'lamin..

Sekali lagi, terima kasih awak..
Terima kasih..

No comments :

Post a Comment