October 21, 2016

Deserve To Be Happy

Penulisan aku di blog ni,
Nampak macam aku mengomel sendirian..
Yang membaca, hanya sekadar singgah dan membaca..
Silakan membaca..
Mungkin penulisan aku kali ini agak panjang..
Bukan aku meroyan, cuma meluahkan apa yang aku rasa..bukan untuk meminta simpati sesiapa..
Bacalah, dan hadam betul-betul..

Kalau ditanya, sakit apa yang paling sakit..
Pasti jawapannya adalah sakit nak bersalin dan sakit gigi..
Tapi jawapan aku?
Untuk waktu dan ketika ini, sakit yang paling sakit untuk aku adalah sakit hati..
Jangan melenting dahulu..baca sampai habis..

Sakit hati aku bukan sakit hati berdendam..tapi sejenis penyakit yang memang hati aku ni sakit..
Contoh?
Melihat orang yang aku sayang dari jauh, ini sakit..
Melihat orang yang aku sayang pelan-pelan pergi jauh dari aku, ini sakit..
Melihat orang yang aku sayang tapi aku tahu dia bukan milik aku lagi, ini juga sakit..
Melihat orang yang aku sayang berdiam diri tanpa sepatah kata, ini paling sakit..
Melihat orang yang aku sayang tapi aku tak mampu nak menegurnya, ini pun sakit..

Jujurnya, 
Bukan mudah untuk aku melupakan semua kenangan-kenangan manis yang pernah ada..
Sebab apa? 
Sebab hati ini jenis yang mengingat, terkenang..bukan mudah beb..
Tambah-tambah bila bersendirian, lagi laju memori tu datang memintas kat kepala..
Ingat senang?
Teramat susah..semua perlukan masa..

Ingat senang nak tahan tangan ni dari taip mesej untuk tanya khabar macam selalu?
Ingat senang nak tahan jari ni dari dial nombor untuk call macam selalu?
Ingat senang nak tahan jari ni daripada stalk sosial media orang yang aku sayang?
Ingat senang nak block fikiran ni daripada terus memikirkan orang yang pernah menggembirakan aku dulu?
Ingat senang nak delete semua kenangan yang ada dalam telefon ni?
Ingat senang ke?
Bukan mudah bagi aku sebab aku ni sejenis yang suka nak tahu..sihat ke dia? Kat mana dia ada sekarang ni? Ok tak dia? Semua ni aku nak tahu..

Selama ni, aku cuba sedaya upaya jaga hati orang yang aku sayang..
Jaga hati dia supaya tiada apa yang boleh mengguriskan hati dia..
Jaga hati supaya dia tak cemburukan aku..
Jaga hati untuk macam-macam lagi la..
Tapi hati aku siapa nak jaga?

But, I'm realize now..
Bila aku macam ni, I get nothing..
Takkan aku masih nak menunggu..sedangkan orang yang aku sayang itu tengah bahagia, sedangkan aku macam ni?
I deserve to be happy..
Yess, aku juga berhak untuk gembira..aku berhak untuk happy dengan kehidupan aku..

Bagaimana caranya?
Semuanya terletak di tangan aku..
Bahagia itu aku yang kena cari sendiri..
Kena usaha sendiri..
Takkan nak tunggu melangut je kat sini sampai bahagia tu datang bergolek sendiri?
Ya..aku akan mencari kebahagiaan itu..
Aku cuma perlu doa dari kalian..
Doakan aku berbahagia selalu..
Itu sudah cukup memadai..

Aku anggap apa yang jadi pada aku ini sebagai ujian dan dugaan kepada aku..
Supaya aku lebih mengerti tentang hidup..
Semua ini mendewasakan aku, mematangkan aku..
Terima kasih untuk pengalaman ini..
Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup ini..
Terima kasih sudi singgah blog aku ini tanpa jemu..
Terima kasih untuk segalanya..
Ampun maaf andai ada salah dan silap..

Cuma satu yang perlu kalian ingat..
Aku tidak pernah memutuskan silaturrahim antara kita..
Aku sentiasa ada disini..
Ada disini untuk meneruskan hidup..
Kita akan tetap berkawan..sampai bila-bila..

Hanya satu doaku, Semoga kalian berbahagia dengan kehidupan masing-masing..
Amin....




No comments :

Post a Comment