October 2, 2016

Murahnya Air Mataku

Sedang aku santai di rumah, tiba-tiba ibu bercerita tentang mimpi..
Mimpi tentang aku..
Jarang berlaku ni..
Aku pun dengar satu per satu apa yang diceritakan..
Mimpi tentang apa?
Tak lain tak bukan, jodoh..
Dengan tak semena-mena, aku jadi sebak..
Bila dah sebak, mula la mata bergenang..
Murahnya air mata aku..

Ibu menyuruh aku cepat-cepat kahwin atas sebab-sebab tertentu..
Aku hanya mampu berdiam sahaja, tanpa sepatah kata..
Dan semestinya berfikir sendirian..
Sambil iron baju, sambil nangis seorang diri mengenang nasib..
Murahnya air mata aku..

Aku perlukan tempat bercerita, semestinya orang itu adalah kau..
Tapi apakan daya, kau hanya berlalu pergi meninggalkan aku..
Membiarkan aku begini..
Membiarkan aku menangis sendiri..
Kalau dulu, kau yang selalu mendengar aku menangis dan tak jemu memberikan kata-kata semangat..
Tapi sekarang tidak lagi..
Kau hanya berdiam diri dan menjauhkan diri dari aku..
Mungkin kau suka melihat aku begini..
Dan semakin laju air mata aku mengalir..
Murahnya air mata aku..

Rumah aku menerima tetamu..
Bila ada tetamu yang datang, aku sehabis baik berdoa agar mereka takkan membuka cerita tentang jodohku..
Tapi mulut orang kan, mana boleh kita tutup..
"Bila nak kahwin ni?"
Nahhh soalan..soalan yang aku tak mampu nak berikan jawapan..
Jawapan aku hanyalah tanpa sepatah kata..
Bergenang lagi air mata aku..
Automatik..
Bergenang sambil aku mengawal supaya air mata tak jatuh ke pipi..
Orang ramai kan..
Control dan berjaya..
Tapi gagal bila aku masuk ke dalam bilik..
Air mata tetap akan jatuh..
Murahnya air mata aku..

Apakah petanda mimpi ibu?
Menjadi seribu satu persoalan..
Aku cuba google tentang maksud mimpi itu..
Percaya tidak, tak percaya pun tidak..
Tunggu sahaja..
Dan...
Murahnya air mata aku..
:'(

No comments :

Post a Comment