October 4, 2016

Selamat Jalan Kawan

Sungguh tak ku sangka berita yang ku terima semalam..
Kau seorang kawan yang baik..
Berkawan sejak dari tadika lagi..
Kita selalu berada dalam kelas yang sama..
Baik sekolah kebangsaan, mahupun sekolah agama..
Kadang-kadang, kau nakal kat sekolah..biasa la kan, budak-budak hingusan lagi..
Tapi kau pandai, bijak..
Kita selalu berlumba-lumba siapa dapat nombor 1 dalam kelas kan..

Masuk sekolah menengah, kita dah tak sama sekolah..
Walaupun rumah kita dekat, tapi aku jarang sangat nampak kau kat kawasan rumah..
Kalau aku beli air kat bawah, selalu aku tanya mak kau, perihal kau..
Macam mana kehidupan kau sekarang..
Belajar kat mana, ambil course apa..

Tapi tak sangka..
Pertemuan kita semalam adalah pertemuan kita yang terakhir setelah sekian lama..
Tak sangka kau salah seorang antara yang terlibat dalam tragedi lemas tu..

Ajal menjemputmu lebih dahulu..
Semoga kau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..
Selamat jalan kawan..
Tenangla kau disana..
Al-Fatihah...

No comments :

Post a Comment