October 10, 2016

Serabut

Banyak perkara bermain di minda..
Tapi langsung tak boleh nak diluahkan dengan kata-kata..
Terasa sesak di dada kerana lama terpendam..
Pendam sendirian semestinya..

Mungkin aku perlukan ketenangan..
Setenang air di laut..
Mungkin juga aku perlukan seseorang yang boleh mendengar masalah aku..
Tapi siapa? 

Seorang demi seorang pergi..
Pergi dan membiarkan aku begini..
Tiada lagi yang bisa memahami diri ini..
Sampai bila aku mesti begini?
Soalan yang belum pasti bila akan terjawab...




No comments :

Post a Comment