September 29, 2016

Terima Kasih

Terima kasih..
Terima kasih sebab benarkan saya tengok gambar awak..
Saya anggap, awak memang sengaja nak bagi saya tengok gambar tu..
Bukan istilah tertekan atau tak sengaja..
Atleast, terubat sikit rasa rindu di hati ni..

Lama saya tenung gambar tu..
Lama..
Tanpa saya sedar, ada sesuatu yang keluar dari mata saya dan terus mengalir di pipi..
Ntah kenapa..saya rasa awak begitu dekat dengan saya..
Saya rasa sebak..
Sungguh saya rindukan awak..
Saya bukan main-main atau tipu diri sendiri..
Memang betul saya rindu awak..
Rindu awak 200%..
Rasa rindu yang tak mampu lagi saya ungkap dengan kata-kata..
Hanya Allah sahaja yang tahu..

Untuk awak, semoga berjaya di sana..
Do your best, buat sehabis baik yang boleh..
Saya tahu awak mesti boleh hadapi setiap cabaran yang ada..
You can do it..
Goodluck! 
Doa saya sentiasa mengiringi awak..
Jangan lupa usaha, doa dan tawakal..
InsyaAllah pasti awak akan berjaya..

Ya Allah,
Kau berikanlah kekuatan fizikal, kecekalan mental dan kesabaran hati untuk si dia dalam menempuh ujian dan cabaran ini..
Kau permudahkanlah segala urusan dia Ya Allah..
Kau berikanlah ganjaran atas usaha yang telah dia lakukan Ya Allah..
Semoga dia memperoleh kejayaan di dunia dan juga akhirat Ya Allah..
Amin Ya Rabbal A'lamin..

Sekali lagi, terima kasih awak..
Terima kasih..

September 27, 2016

Untukmu

Aku tahu,
Mungkin ada di antara pembaca blog ni yang fikir aku meroyan sorang-sorang menulis ntah apa-apa kat blog ni..
Terpulang untuk anda fikir apa..
Yang pasti, ini cara aku..
Tulisan aku ni, aku tuju khas buat dia..
Bukan orang lain..
Dan orang itu adalah awak..
Awak sahaja yang tahu siapa yang saya maksudkan..

Saya menulis disini, dengan harapan awak akan baca blog saya ni..
Sebab, ini satu-satunya cara untuk saya berhubung dengan awak..
Saya tiada tempat lain untuk mengadu selain Allah..
Saya hanya ada awak..
Saya tak boleh nak berkongsi masalah ni dengan orang lain..
Itu bukan cara saya..
Tapi saya lebih selesa dengan awak..
Sebab hanya kita sahaja yang faham situasi kita sekarang..
Awak yang paling memahami saya..

Awak, saya rindu awak..
Selalu je saya mimpi awak..
Awak tak rindu saya ke? :(
Awak sihat ke? Lama saya tak dengar khabar awak..
Saya harap awak baik-baik saja..
Walau dimana awak berada, apa yang awak buat, doa saya sentiasa mengiringi awak..

Seriously..
Kenapa dugaan ni besar sangat awak? 
Saya tak kuat...saya cuba, bukan saya tak cuba..tapi...
Susah..saya tak kuat...
I need you :'(



September 26, 2016

Nombor

Dah sebulan lebih saya perasan..
Sebab hari-hari saya akan buka whatsapp nombor awak..
Tapi kosong..
Gambar profile takda, last seen takda, status pun takda..
Maksudnya?
Kenapa awak tak sudi dah nak save nombor saya?
Kenapa taknak bagi saya tengok whatsapp awak?
Kenapa nak jauhkan diri dari saya?
Atau awak dah blocked nombor saya supaya saya tak boleh nak send chat kat awak? :'(
Awak tahu tak saya terseksa macam ni?
Awak tak kesian ke buat saya macam ni?
Sedihnya.......
:'( 

September 25, 2016

Ubat

Dulu, ada juga orang yang akan ingatkan aku untuk makan ubat setiap pagi..
Bebelkan aku bila aku terlupa makan ubat..
Tapi sekarang, tiada lagi..
Tiada lagi yang peduli..
Terpaksa la aku disiplinkan diri sendiri.
Untuk kesihatan diri sendiri..
Tapi kadang-kadang terbabas juga..
Pasti ada hari yang aku akan lupa makan ubat..

Ya aku tahu aku tak sempurna..
Memiliki penyakit ini..
Bukan semua yg boleh faham penyakit aku ini..
Hanya orang tertentu sahaja..
Awak antaranya..
Tapi apakan daya ku..
Mungkin sebab ini juga awak pergi..
:'(
Kenapa awak berhenti ingatkan saya untuk makan ubat?
Saya rindu.......
:'(

September 23, 2016

Mimpi

Terngiang-ngiang suara kamu dalam mimpiku..
Aku terlalu rindukan kamu..
Sehingga terbawa-bawa dalam mimpi..
Harap apa yang kamu katakan dalam mimpi tu akan menjadi kenyataan..
InsyaAllah suatu hari nanti..
Amin...
:'(

September 21, 2016

Happy Birthday

21 September

Happy Birthday baby...
Semoga baby menjadi anak yang soleh..
Semoga baby sentiasa comel & cute..dah besar nanti mesti handsome ni..jadi rebutan gadis-gadis..
Semoga baby happy dan ceria selalu..
Semoga baby menjadi anak yang bijak dan pandai..dah besar nanti boleh berbakti dengan orang tua..
Dan yang paling penting...
Semoga baby sihat sentiasa..jangan selalu sakit-sakit ya..Nanti mummy risau..
Baby kena kuat taw..jangan lemah-lemah..mummy sentiasa doakan baby..

Maaf mummy tak dapat nak bagi hadiah..
Teringin nak bagi tapi situasi dan keadaan yang tidak mengizinkan..
Maafkan mummy..
Nanti kalau ada kesempatan, mummy bawak baby pegi jalan-jalan ya..supaya baby happy & senyum ja..

Mummy sentiasa doakan kesejahteraan baby..
Mummy tak pernah lupakan baby..
Walaupun baby masih kecil, baby doakan mummy juga ya..supaya mummy juga sentiasa kuat macam baby..
Kita sama-sama kuat okay..
I love you baby.. :)


September 20, 2016

Jodoh

Dalam sebulan dua ni, ramai kenalan yang dah menamatkan zaman bujang..
Masing-masing dah bertemu jodoh masing-masing..
Bertukar status suami orang & isteri orang..
Aku tumpang gembira..
Semoga kalian semua berbahagia hingga ke syurga..

Yang paling terbaru, 2 sahabat rapatku yang sama belajar di uum, pun dah berkahwin..
Seorang di kuala berang, seorang di sungai siput..nasib baik tarikh tak betul-betul bertindih..
Tapi jarak masa yang sangat dekat..
Aku cuba sedaya upaya untuk hadir kedua-dua majlis..
Alhamdulillah, dipermudahkan..walaupun perancangan awal lain, lain yang jadi..
Ke terengganu, bertemankan sorang lagi kawan baik kami..
Ke perak, lone ranger..apa ada hal..

Sejujurnya, hati aku rasa sebak bila kawan-kawan dah bertukar status ni..
Sebak gembira, sebak sedih..
Gembira sebab kawan sendiri gembira..takkan nak tengok kawan sedih je kan..
Tapi part yang tak best, aku sebak sedih..

Sepanjang perjalanan pergi dan balik ke dua-dua majlis tu, otakku tak terlepas memikirkan nasib diri sendiri..
Bergenang air mata sendirian..
Sedangkan kawan-kawan aku semua sedang mengecapi nikmat bahagia, tapi aku?
Masih terkontang-kanting sendirian..
Ya aku tahu, mesti akan ada yang cakap "takpa, jangan risau, nanti ada la jodoh tu"
Antara kata-kata penyedap hati..
Tapi aku juga manusia biasa..
Lumrah manusia ingin bina hidup berkeluarga bersama insan tersayang..
Sama seperti orang lain..

Orang-orang sekeliling pasti akan bertanya. 
"Hang bila lagi?"
"Takda boyfriend ke?"
"Boyfriend yang dulu tu mana?"
Bila aku terdengar soalan macam ni dan yang seangkatan dengannya, entah kenapa senang betul air mata ni mengalir..
Sebak..
Apa aku nak jawab?
Aku tak mampu menjawab..
Hanya mampu diam seribu bahasa dan berlalu pergi..

Seringkali terfikir mengapa nasib aku begini..
Macam-macam yang bermain di fikiran..
Itu ini itu ini..
Kenapa aku diuji begini?
Kenapa jodoh orang lain begitu mudah?
Kenapa jodoh aku sukar dan berliku-liku?
Apa hikmah yang akan aku dapat atas semua ini?
Dan bermacam-macam lagi persoalan yang bermain di fikiran..
Bila aku keseorangan, pasti aku akan terfikir semua ini..
Dan pasti aku akan menangis..

Ada juga yang cuba nak recommend aku dengan kenalan mereka..
Aku cuma endahkan sahaja..
Berat untuk menerima..
Sangat berat..
Pintu hati aku belum terbuka mungkin..
Ada juga yang suruh aku berusaha..
Usaha yang macam mana aku boleh buat?
Jawapan aku ialah tiada..
Kerana hati aku ada pada orang lain..
Mana mungkin aku boleh berusaha tanpa hatiku pada jasad sendiri..

Jaga diri, jaga hati..
Aku tetap disini mengingatimu..
Tak pernah sesaat aku melupakanmu..
Selagi kau cuba menjauh, selagi itu aku rasakan kau semakin dekat dengan diriku..
Doakan aku kuat untuk menghadapi ujian ini..
Amin..




September 16, 2016

Sepatutnya

Tak semua yang kita rancang, akan menjadi..
Hari ini, 16/9/2016.
Rancanganku gagal..
Sedih.
Musnah.
Hancur.
Redha.
Pengorbanan.
Ada hikmah mungkin.
Sabarlah..Kuatlah..
Oh air mata..
:'(




September 13, 2016

Korban

Belum terlambat rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam..

Seperti yang sedia maklum, sambutan hari raya Aidiladha ini cukup sinonim dengan erti pengorbanan..

Apakah pengorbanan yang telah aku lakukan? 
Alhamdulillah, tahun ini rezeki untuk menunaikan ibadah korban seekor lembu bersama dengan ahli keluarga yang lain..
InsyaAllah kalau ada rezeki lebih tahun-tahun hadapan, boleh buat lagi..

Pengorbanan aku dari sudut yang lain?
Yang paling besar aku rasakan, aku telah korbankan hati dan perasaanku..
Ya.
Pengorbanan yang sangat perit untuk aku lakukan..
Aku tahu ini ujian untukku..
Mungkin ini juga pengorbanan yang aku perlu lakukan supaya orang lain lebih gembira..
Pengobanan supaya aku menjadi lebih kuat..
Pengorbanan supaya aku lebih mengenali diri sendiri..
Aku hanya berharap, hikmah yang besar akan datang padaku, atas pengorbanan yang telah aku lakukan..
Semoga kalian semua berbahagia..
Tanpa aku disisi..

September 5, 2016

Sepi

Sedang orang lain asyik menikmati bahagia,
Aku disini masih terkontang-kanting,
Seperti bunyi pasir dipantai,
Sepi.
Aku sepi.
Hanya ombak yang bersiul menyanyi,
Bising.

Pasti ada yang sedang bersorak gembira,
Melihat aku sendiri begini,
Ketawa sampai lelah,
Ketawa berdekah-dekah,
Biarkan.
Yang sakit itu aku,
Bukan mereka.

Silakan ketawa,
Jangan suatu hari kau tersungkur,
Menyesali ketawa itu.
Jangan sampai gelas itu pecah,
Pasti susah untuk cantum kembali.

Sabar.
Kuat.
Tenang.
Aku sedang cuba.
Sedang.
Tapi, mana mungkin seratus peratus.
Hati aku telah kau simpan.
Hati aku telah kau curi.

Air mata,
Seakan menjadi teman sejatiku.
Sabar,
Aku sabar.
Biar Tuhan yang beritahu,
Biar Tuhan yang tunjuk kebenarannya,
Tugas kau hanya menunggu,
Dan menilai.

Jika ujian ini sebahagian dari cara untuk aku meraih pahala, aku redha...

Sabar itu indah..
Tunggu..