October 21, 2016

Deserve To Be Happy

Penulisan aku di blog ni,
Nampak macam aku mengomel sendirian..
Yang membaca, hanya sekadar singgah dan membaca..
Silakan membaca..
Mungkin penulisan aku kali ini agak panjang..
Bukan aku meroyan, cuma meluahkan apa yang aku rasa..bukan untuk meminta simpati sesiapa..
Bacalah, dan hadam betul-betul..

Kalau ditanya, sakit apa yang paling sakit..
Pasti jawapannya adalah sakit nak bersalin dan sakit gigi..
Tapi jawapan aku?
Untuk waktu dan ketika ini, sakit yang paling sakit untuk aku adalah sakit hati..
Jangan melenting dahulu..baca sampai habis..

Sakit hati aku bukan sakit hati berdendam..tapi sejenis penyakit yang memang hati aku ni sakit..
Contoh?
Melihat orang yang aku sayang dari jauh, ini sakit..
Melihat orang yang aku sayang pelan-pelan pergi jauh dari aku, ini sakit..
Melihat orang yang aku sayang tapi aku tahu dia bukan milik aku lagi, ini juga sakit..
Melihat orang yang aku sayang berdiam diri tanpa sepatah kata, ini paling sakit..
Melihat orang yang aku sayang tapi aku tak mampu nak menegurnya, ini pun sakit..

Jujurnya, 
Bukan mudah untuk aku melupakan semua kenangan-kenangan manis yang pernah ada..
Sebab apa? 
Sebab hati ini jenis yang mengingat, terkenang..bukan mudah beb..
Tambah-tambah bila bersendirian, lagi laju memori tu datang memintas kat kepala..
Ingat senang?
Teramat susah..semua perlukan masa..

Ingat senang nak tahan tangan ni dari taip mesej untuk tanya khabar macam selalu?
Ingat senang nak tahan jari ni dari dial nombor untuk call macam selalu?
Ingat senang nak tahan jari ni daripada stalk sosial media orang yang aku sayang?
Ingat senang nak block fikiran ni daripada terus memikirkan orang yang pernah menggembirakan aku dulu?
Ingat senang nak delete semua kenangan yang ada dalam telefon ni?
Ingat senang ke?
Bukan mudah bagi aku sebab aku ni sejenis yang suka nak tahu..sihat ke dia? Kat mana dia ada sekarang ni? Ok tak dia? Semua ni aku nak tahu..

Selama ni, aku cuba sedaya upaya jaga hati orang yang aku sayang..
Jaga hati dia supaya tiada apa yang boleh mengguriskan hati dia..
Jaga hati supaya dia tak cemburukan aku..
Jaga hati untuk macam-macam lagi la..
Tapi hati aku siapa nak jaga?

But, I'm realize now..
Bila aku macam ni, I get nothing..
Takkan aku masih nak menunggu..sedangkan orang yang aku sayang itu tengah bahagia, sedangkan aku macam ni?
I deserve to be happy..
Yess, aku juga berhak untuk gembira..aku berhak untuk happy dengan kehidupan aku..

Bagaimana caranya?
Semuanya terletak di tangan aku..
Bahagia itu aku yang kena cari sendiri..
Kena usaha sendiri..
Takkan nak tunggu melangut je kat sini sampai bahagia tu datang bergolek sendiri?
Ya..aku akan mencari kebahagiaan itu..
Aku cuma perlu doa dari kalian..
Doakan aku berbahagia selalu..
Itu sudah cukup memadai..

Aku anggap apa yang jadi pada aku ini sebagai ujian dan dugaan kepada aku..
Supaya aku lebih mengerti tentang hidup..
Semua ini mendewasakan aku, mematangkan aku..
Terima kasih untuk pengalaman ini..
Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup ini..
Terima kasih sudi singgah blog aku ini tanpa jemu..
Terima kasih untuk segalanya..
Ampun maaf andai ada salah dan silap..

Cuma satu yang perlu kalian ingat..
Aku tidak pernah memutuskan silaturrahim antara kita..
Aku sentiasa ada disini..
Ada disini untuk meneruskan hidup..
Kita akan tetap berkawan..sampai bila-bila..

Hanya satu doaku, Semoga kalian berbahagia dengan kehidupan masing-masing..
Amin....




October 15, 2016

Penghapus dosa

Sakit itu penghapus dosa..
Terima kasih ya Allah untuk rasa sakit selama beberapa hari ini..

October 11, 2016

Nyaris

Ntah apa yang aku fikirkan harini sepanjang perjalanan balik dari kerja..
Hanya ikut kaki melangkah, tanpa toleh kiri kanan..
Nyaris aku tak dilanggar kereta..
Mujur ada seorang wanita tak dikenali yang sama-sama melintas, sempat tarik tangan aku..
Baru aku terkejut..
Fuhhhh...
Nasib baik..syukur...
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk bernafas...


October 10, 2016

Serabut

Banyak perkara bermain di minda..
Tapi langsung tak boleh nak diluahkan dengan kata-kata..
Terasa sesak di dada kerana lama terpendam..
Pendam sendirian semestinya..

Mungkin aku perlukan ketenangan..
Setenang air di laut..
Mungkin juga aku perlukan seseorang yang boleh mendengar masalah aku..
Tapi siapa? 

Seorang demi seorang pergi..
Pergi dan membiarkan aku begini..
Tiada lagi yang bisa memahami diri ini..
Sampai bila aku mesti begini?
Soalan yang belum pasti bila akan terjawab...




October 7, 2016

A year


Hmmmm :(



A year to remember

Setahun telah berlalu..
Genap..
Dulu, kaulah orang pinjamkan bahu untuk aku bersandar..
Di saat aku baru frust, kecewa, sedih..
Kau lah orang yang bagi aku kata-kata semangat..
Kau lah orang yang banyak mendorong aku untuk move on..
Kau lah orang yang sedia mendengar aku menangis..
Kau juga orang yang tak pernah jemu untuk buat aku ketawa supaya aku boleh lupa masalah aku..

Semua kenangan ni, tak mungkin aku boleh lupakan macam tu je..
Terima kasih untuk semua kenangan indah ini..
Thank you..
Thanks for everything..
Hanya satu aku minta..
Doakan aku sentiasa kuat okeh? 

Actually banyak sangat benda aku nak cakap, sempena setahun kita kenal ni..
Tapi, hanya mampu tulis di notes dan disimpan rapi begitu sahaja..
Tak mampu untuk aku post disini..
Biarkan aku pendam sendiri..
Hmmmmm...

*tulis post yang ni pun nak mengalir air mata jugak..haihh*




October 6, 2016

Greenlight sudah, tapi?

"Haritu semangat sangat..kata nak bawak mai jumpa..ni tak jadi plak?"

Ibu dah bagi greenlight..
Tapi? 
Haihhh..
Makan dalam..diam ja jawapan yang mampu bagi..
Dok tahan air mata ja ni..
:'(

I need you abah :'(

October 4, 2016

Mimpi Lagi

Mimpi sering dikaitkan dengan mainan tidur..
Tapi ada sesetengah mimpi yang membawa maksud tertentu..

Tapi semalam, mimpi dapat jumpa dengan baby..
Alangkah bahagianya rasa walaupun dalam mimpi..
Bila tersedar dari tidur, tersenyum sendiri sebab happy..
How mummy miss you baby..
Hilang sikit rindu mummy ni..
Mummy happy sangat dapat jumpa baby..
Baby pun happy dapat jumpa mummy..
Baby siap gelak-gelak, happy sangat bila mummy suapkan makanan..
Berselera sungguh baby makan..

Semoga baby sentiasa dalam keadaan sihat & ceria selalu..
Semoga menjadi anak yang soleh @ solehah ye baby..
Mummy love you so much! :)

Selamat Jalan Kawan

Sungguh tak ku sangka berita yang ku terima semalam..
Kau seorang kawan yang baik..
Berkawan sejak dari tadika lagi..
Kita selalu berada dalam kelas yang sama..
Baik sekolah kebangsaan, mahupun sekolah agama..
Kadang-kadang, kau nakal kat sekolah..biasa la kan, budak-budak hingusan lagi..
Tapi kau pandai, bijak..
Kita selalu berlumba-lumba siapa dapat nombor 1 dalam kelas kan..

Masuk sekolah menengah, kita dah tak sama sekolah..
Walaupun rumah kita dekat, tapi aku jarang sangat nampak kau kat kawasan rumah..
Kalau aku beli air kat bawah, selalu aku tanya mak kau, perihal kau..
Macam mana kehidupan kau sekarang..
Belajar kat mana, ambil course apa..

Tapi tak sangka..
Pertemuan kita semalam adalah pertemuan kita yang terakhir setelah sekian lama..
Tak sangka kau salah seorang antara yang terlibat dalam tragedi lemas tu..

Ajal menjemputmu lebih dahulu..
Semoga kau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..
Selamat jalan kawan..
Tenangla kau disana..
Al-Fatihah...

October 2, 2016

Murahnya Air Mataku

Sedang aku santai di rumah, tiba-tiba ibu bercerita tentang mimpi..
Mimpi tentang aku..
Jarang berlaku ni..
Aku pun dengar satu per satu apa yang diceritakan..
Mimpi tentang apa?
Tak lain tak bukan, jodoh..
Dengan tak semena-mena, aku jadi sebak..
Bila dah sebak, mula la mata bergenang..
Murahnya air mata aku..

Ibu menyuruh aku cepat-cepat kahwin atas sebab-sebab tertentu..
Aku hanya mampu berdiam sahaja, tanpa sepatah kata..
Dan semestinya berfikir sendirian..
Sambil iron baju, sambil nangis seorang diri mengenang nasib..
Murahnya air mata aku..

Aku perlukan tempat bercerita, semestinya orang itu adalah kau..
Tapi apakan daya, kau hanya berlalu pergi meninggalkan aku..
Membiarkan aku begini..
Membiarkan aku menangis sendiri..
Kalau dulu, kau yang selalu mendengar aku menangis dan tak jemu memberikan kata-kata semangat..
Tapi sekarang tidak lagi..
Kau hanya berdiam diri dan menjauhkan diri dari aku..
Mungkin kau suka melihat aku begini..
Dan semakin laju air mata aku mengalir..
Murahnya air mata aku..

Rumah aku menerima tetamu..
Bila ada tetamu yang datang, aku sehabis baik berdoa agar mereka takkan membuka cerita tentang jodohku..
Tapi mulut orang kan, mana boleh kita tutup..
"Bila nak kahwin ni?"
Nahhh soalan..soalan yang aku tak mampu nak berikan jawapan..
Jawapan aku hanyalah tanpa sepatah kata..
Bergenang lagi air mata aku..
Automatik..
Bergenang sambil aku mengawal supaya air mata tak jatuh ke pipi..
Orang ramai kan..
Control dan berjaya..
Tapi gagal bila aku masuk ke dalam bilik..
Air mata tetap akan jatuh..
Murahnya air mata aku..

Apakah petanda mimpi ibu?
Menjadi seribu satu persoalan..
Aku cuba google tentang maksud mimpi itu..
Percaya tidak, tak percaya pun tidak..
Tunggu sahaja..
Dan...
Murahnya air mata aku..
:'(