May 24, 2017

Warkah Untukmu

Cintamu hancurkan zahirku
Rela dicampak ke penjaramu
Dari diperlakukan sebegini
Sungguh kau yang ku mahu
Berdoa semoga kau akan berubah
Mendampingiku selalu
Kasihku tolong lihatlah
Tunjuk dia jalan kepadamu
Yang tersesat tiada bertuju
Berikan hatimu padanya
Kau akan rasa cinta sebenar
Dalam kau mencari aku
Sungguh kau yang ku mahu
Berdoa semoga kau akan berubah
Mendampingiku selalu

p/s : Semoga Allah bukakan pintu hati kamu..

May 20, 2017

Luka

Ada sedikit guris luka di hati.
Aku bertanya dengan soalan yang aku sudah susun elok-elok, soalan yang penuh sopan dan straight forward, supaya tiada salah faham yang akan timbul.
Tapi jawapan kau, buat aku terkedu.
Seolah-olah sebelum ini aku yang jadi punca masalah.
Kau lupa apa yang kau dah buat?

Takpe, aku dah biasa diperlakukan begini.
Mungkin memang nasib aku.
Aku tidak berdendam.
Aku akan delete no telefon kau, supaya aku totally 1000% lupa akan kewujudan kau.

Tapi aku harap kau betul-betul belajar dari masa lalu.
Semoga kau terus bahagia.


May 8, 2017

28th

Letih,
Lelah,
Penat,
Sedih,
Bosan,
Dengan soalan-soalan "bila nak kahwin ni?"
Hanya mampu pekakkan telinga,
Menangis dalam hati.

Moga Allah bukakan pintu hati dia.