June 21, 2017

Rehatlah...

Dah 4 hari adik fiza pergi meninggalkan kami..
Masih terngiang-ngiang kata-kata adik masa last akak pegi melawat adik..
"Nanti raya buat open house taw, saya nak datang makan laksa"
Open house rumah akak tahun lepas, adik la orang pertama yang sampai..berselera betul adik makan, sedap sangat kot laksa tu..hehehe
Tapi apakan daya, tahun ni akak tak sempat nak jamu laksa untuk adik lagi..

Akak tak ralat bila dapat berita adik dah pergi..
Sebab akak selalu pegi jenguk adik kat hospital kan..suap adik makan, suruh adik makan ubat and always bagi kata-kata semangat untuk adik untuk terus kuat..
Dan ternyata adik memang kuat..tengah sakit pun boleh lagi nak gelak besar kan..

Adik, 
Begitu besar ujian adik kan..
Hidup yatim piatu beberapa tahun, jaga adik-adik, dengan macam-macam masalah yang adik kena tanggung..
Akak kagum sangat..
Adik rehatlah ye..adik dah tak perlu nak fikir semua masalah tu lagi..
Akak sentiasa menyayangi adik, 
Adik sentiasa dalam ingatan dan doa akak..
InsyaAllah kami akan tengok-tengokkan adik-adik fiza yang lain..
Sampai masa nanti, kita jumpa kat sana ye dik :')

Al Fatihah
N0r Hafizah binti Zulkifli 
17.06.2017


No comments :

Post a Comment